KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

GURU NAK HANTAR 10 BAS SAMSENG PUKUL PELAJAR

Guru hantar geng samseng
Metro

MARANG: Seorang guru sebuah sekolah menengah di sini, didakwa berlagak samseng dengan menyerang rumah seorang penduduk di Bukit Payong selain mengugut dan membuli pelajarnya yang juga anak mangsa.

Guru berusia 48 tahun itu mula mendera secara psikologi pelajar tingkatan satu itu sejak Januari lalu, bagaimanapun pagi kelmarin, dia menarik hidung dan telinga mangsa sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan pada perhimpunan sekolah.

Bapa pelajar berkenaan, Mohd Noor Mohamad, 49, berkata antara ugutan yang diberitahu anaknya ialah guru berkenaan mengugut boleh menghantar hingga 10 bas untuk menyerang keluarganya.


Dia berkata, kejadian itu tercetus selepas guru berkenaan membeli sebidang tanah bersebelahan rumahnya dan diejek sekumpulan kanak-kanak ketika berada di situ.

“Ketika itu, anak saya turut berada bersama kanak-kanak berkenaan. Guru itu agak emosi menyebabkan adik saya yang kebetulan melalui kawasan itu menasihatinya agar tidak memperdulikan mereka.

“Susulan kejadian Januari lalu dia kemudian beberapa kali cuba membuat kacau termasuk menghantar kira-kira 20 lelaki dipercayai kumpulan samseng ke rumah saya Sabtu lalu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mempedulikan kehadiran mereka yang berlegar-legar di pintu pagar rumah sambil membuat bising dan mencari adiknya yang tiada di rumah ketika itu sebelum beredar.

Kata Mohd Noor, kejadian itu tidak berakhir di situ, malah guru berkenaan dikatakan menggunakan kuasanya untuk membuli, mengaib dan menakut-nakutkan anaknya di sekolah.

“Dia menarik hidung dan telinga anak saya ketika pelajar lain hendak beratur dalam perhimpunan sambil memberitahu dia mampu menghantar lebih ramai lelaki ke rumah saya.

“Dia juga mendakwa kumpulan lelaki yang hadir pada malam itu hanya satu pertiga. Saya tidak faham apa niat dia sebenarnya kerana insiden awal yang tercetus bukanlah sesuatu yang serius,” katanya.

Berikutan kejadian itu, pelajar dari Kampung Surau Haji Yaakob, Bukit Payong itu membuat laporan polis berhubung ugutan gurunya, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Zain, berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Payong kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Berdasarkan laporan itu, katanya, mangsa mendakwa didatangi guru terbabit yang menarik telinga dan hidungnya kira-kira jam 7.30 pagi.

“Suspek juga dikatakan mengugut untuk menghantar lebih ramai lagi ke rumah keluarga mangsa dan menyebabkan mangsa berasa takut serta bimbang,” katanya.

Abdul Rahim turut mengesahkan guru berkenaan sudah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

1 comments:

Anonymous said...

org mcm ni nak suruh ajar anak2 kita.campak saje cikgu tu kat dlm kandang rimau,samseng tak memasal.org mcm ni tak boleh panggil cikgu lagi.ye le..berketuakan org yg suka cabut keris.tu lah jadinya.atau dia ngajar sek samseng..kat sek budak2 tu buat partime je kot @dia terlepas dari hospital mental

Posting terkini

Blog Archive