'Tidak bermoral' pengaruhi pemimpin BN lompat partiNo2umnO - Sebelum beri jawapan ... mengerti dulu pihak yang terbabit. Yang lompat, bentuk parti dan kepimpinan. So.....Siapa yang tidak bermoral .... Yang keluar parti atau yang di dalam.
Pakatan pembangkang hanya akan mewujudkan 'kerajaan tidak bermoral' jika ia meneruskan niat melakukan rampasan politik di negara ini dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai mereka.
Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, perbuatan itu jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
''Selain itu, perbuatan yang dirancang ini akan hanya melambangkan pakatan pembangkang tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu. Ini adalah satu bentuk pengkhianatan," kata Mohamad Mustafa ketika dihubungi hari ini.
Dekan Penyelidikan dan Pasca Siswazah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM itu berkata, perbuatan tersebut juga bakal memecahbelahkan masyarakat.
Mohamad Mustafa mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mendakwa pembangkang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP mempunyai cukup Ahli Parlimen daripada BN yang ingin melompat parti menyertai kerajaan pakatan pembangkang. - Utusanloya
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
1 comments:
kalau lompat parti tidak bermoral bagaimana pula dengan memperkudakan SPR dalam pilihanraya seperti undi pos, batal penggunaan dakwat kekal, daftar pemilih yang kotor dll. masih ramai lagi profesor-profesor kangkung ni rupanya...
Post a Comment