Mstar - (...) Mungkin dewasa ini, personaliti yang layak mendiami takhta teratas bagi kategori kontroversi ini ialah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza. Tokoh agama yang disegani ini cukup 'kontroversi' tanpa disedarinya.
Mungkin juga ini disebabkan keberanian dan kelantangan juga ketajaman beliau mengeluarkan buah fikirannya yang bernas tanpa takut-takut.
Pernah sekali secara berlawak sinis, Dr Maza berkata, dia tidak takut berkata benar.
"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Habis kuat dia orang suruh saya 'berehat'...eloklah sayapun dah penat," katanya dalam satu perbualan telefon.
MUFTI YANG KONTROVERSI
Bagi beliau, segala teguran atau kenyataan yang dibuat bukan berniat untuk mencetus kontroversi kerana itu sudah tanggungjawabnya sebagai 'pemegang mohor besar' dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.
Dari kenyataan 'Kerajaan perlu bertaubat nasuha', 'Mualaf tidak perlu menukar bin/bintinya,' 'Isu babi di negeri Selangor' hinggalah ke 'Jangan perbesar isu Sufiyah' semuanya tidak terlepas pandangan Mufti...
Dan paling terbaru pula adalah konsert Jom Heboh di Perlis. Antara yang tertulis di dalam hebahan terbaru yang disiarkan dalam blognya www.drmaza.com ialah..."Jabatan Mufti Perlis tidak mengharamkan Program Jom Heboh anjuran Stesyen TV3, akan tetapi pihak Jabatan Mufti dukacita dengan nilai-nilai negatif yang terselit bersama dengan program Jom Heboh tersebut."
Beliau menegaskan, teguran mahupun surat bantahan yang dikeluarkan oleh Jabatannya tidak bermaksud mengharamkan Jom Heboh. Ianya sekadar satu pemantauan untuk memastikan tidak ada perkara yang tidak elok berlaku. more...
0 comments:
Post a Comment