harakahdaily - "Ini kerana, dakwaan Adun berkenaan kerajaan negeri telah melantik Imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid (JKKM) dari kalangan ahli PAS adalah tidak benar sama sekali ini kerana imam-imam masjid dan anggota Jawatankuasa Kariah Masjid (JKKM) sedia ada di seluruh Perak masih belum dirombak,"demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, sebagai mengulas dakwaan Adun Pangkor tersebut.
Menurut beliau setakat ini kerajaan negeri hanya menyemak semula pelantikan imam yang lepas kerana didapati kaedah pelantikan itu melibatkan campur tangan politik serta pemilihan pula mesti diperakukan oleh Ketua Umno Bahagian.
"Senarai pelantikan JKKM bagi sesi 2007/2010 belum disahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP), kerana itu perkara tersebut sepatutnya tidak timbul persoalan pelantikan imam dan anggota JKKM ini.
"Kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengekalkan sebahagian anggota yang dicadangkan dahulu dan sekadar menambah anggota yang baru,"jelasnya. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
59 minutes ago
0 comments:
Post a Comment