KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 1, 2008

Kos siaran langsung Parlimen RM1juta Penipu..

atranungkite - (...) RTM melalui menteri barunya yang juga seorang penentang kerajaan satu ketika dahulu, telah membangkitkan isu kos, baru baru ini. RM1 juta setiap kali siaran langsung dibuat. Bermakna jika sebulan bersidang, duit pembayar cukai sebanyak RM30juta disalurkan untuk kos penyiaran persidangan Parlimen, yang belum tentu boleh memberikan kita kepuasan, kerana ruang masanya yang sangat terhad, selama sejam.

Gua faham, apabila mereka membangkitkan mengenai airtime dan juga kos penyiaran. RTM memberi alasan mereka perlu menukar segala peralatan bagi memastikan mutu siaran langsung adalah yang terbaik, walaupun mutu siaran RTM selama ini adalah tidak langsung baik.

Kos ODB van (van putih besar yang berfungsi sebagai studio ketika siaran langsung di luar) boleh dibuang dengan cara RTM set up satu mini studio yang berbentuk kekal, di bangunan Parlimen. Mengapa di PWTC boleh semasa bebal-bebal UMNO sedang meracau? Tuan menteri penerangan, jangan kena tipu dengan kos-kos ini semua. Belajar lah sikit dulu tentang penyiaran sebelum menjadi menteri penerangan.

Keduanya, kos air time. Memang wujud, tapi salurannya sekarang ialah RTM (baca: tv kerajaan). Dan waktunya pula ialah jam 10 pagi. Masa tu, mak gua aje yang tinggal kat rumah dengan anak gua. Orang semua pegi kerja, bebudak pegi sekolah. Kalau orang tengok pun, mereka yang di tempat kerja.

Mulalah lepas ni RTM nak berlagak dengan rating siaran Parlimen mereka, kalau lu tak percaya tunggu sehari dua lagi. Jadi kos airtime itu sangat tidak logik. Dan syarikat kopi tongkat ali yang mana sanggup beli airtime sejam waktu pagi? Siaran langsung pulak tu.

Ketiganya, kos kakitangan. Setahu gua para pekerja RTM adalah sebahagian daripada kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Penerangan. Gaji mereka dibayar oleh kerajaan. Memang wujud kos tambahan untuk kerja di luar terutama siaran langsung. Serta memang satu kegemaran RTM untuk membuat kerja luar. Drama di tengah sawah contohnya, boleh shoot di Tanjung Karang, tapi mereka akan ke Pendang supaya dapat claim lebih. Itu contoh.more....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive