No2umnO - Berat rasa hati mengatakan ini lah punca Kenapa ada usaha untuk menghentikan siaran secara langsung persidangan Parlimen. Namun alasan lain di berikan agar, ia nya kelihatan bagaikan kerajaan tidak bimbang dengan isu, tetapi kerana sikap Ahli Parlimen yang bercakaran .... Apa pendapat anda, anda cadangan lain?
Royalti: Speaker tolak usul pembangkang
Dalam usulnya Salahuddin berkata, meskipun kerajaan negeri Terengganu kini diperintah Umno/BN, namun PAS tampil untuk membela hak rakyat Terengganu yang dinafikan sejak tahun 1999 sewaktu PAS memerintah negeri itu.
Menurut Salahuddin, rakyat dan kerajaan Terengganu berhak mendapat royalti itu memandangkan banyak perkara yang dirancang untuk dibangunkan.
Sewaktu PAS memerintah kerajaan negeri pada tahun 1999, hak itu dinafikan sebaliknya kerajaan BN ketika itu menggantikan royalti kepada wang ihsan yang lebih bersifat politik, katanya.
Justeru kata beliau, hak tersebut perlu dikembalikan segera bagi membolehkan rakyat hidup dengan pembangunan yang dirancang dan membawa manfaat kepada semua peringkat.
Salahuddin yang berang dengan penolakan usul berkenaan, secara bersopan bangun bagi mempertikai dan menyatakan beliau mendapat sokongan lebih 15 ahli dewan untuk memastikan usul itu boleh dibahaskan.
Namun slepas Salahuddin meminta ahli dewan bangun menyokong usul itu, Speker masih menolak, dan ketika itu Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) bingkas bangun untuk mendesak peruntukan perkara 18 (3) bahawa jika ada 15 ahli dewan yang bangun menyokong usul, usul itu boleh dibahaskan atas budi bicara Speker Dewan Rakyat. - Kelantankini
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment