agendoldaily - Pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menghantar satu kenyataan kepada pengendali laman web Malaysia Today untuk menafikan berbagai dakwaan dalam artikel di bawah tajuk “ Let’s Send Altantuya’s Murderers To Hell ” yang disiarkan di laman itu pada 25 April yang lalu yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Sri Rosman Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia itu. Menurut kenyataan bertarikh 29 April yang ditandatangani oleh Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif terhadap maruah dan imejnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
48 minutes ago
0 comments:
Post a Comment