penyokongkuli - (...) Berkenaan dengan isu DP Ibrahim Ali ini, sepatunya ia sudah tidak menjadi isu kerana sebelum Pilihan Raya Umum 12 baru-baru ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menerangkan bahawa DP Ibrahim Ali adalah Calon Bebas yang bertanding atas tiket PAS. Kemudian diikuti pula oleh kenyataan media DP Ibrahim Ali selepas beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas yang mengatakan beliau hendak menjadi Ahli Parlimen Bebas. Jelas di sini DP Ibrahim adalah ahli Parlimen Bebas dan sesiapa yang mempersoalkanya mungkin dia tak habis sekolah.
Berbalik kepada Siaran Langsung Sidang Parlimen yang disiarkan oleh RTM1. Penulis berpendapat siaran langsung ini wajar diteruskan malah wajar ditambah waktu penyiaranya bagi memperlihatkan perangai sebenar ahli-ahli Parlimen dari seluruh negara kerana di dalam sistem demokrasi ini menuntut rakyat menjadi juri, jadi adalah lebih elok sekiranya siaran ini diteruskan dan ditambah masa siaranya.
Tak perlulah kita menjadikan pertikaman lidah Karpal dan Bung Moktar Radin sebagai kayu pengukur untuk menentukan kewajaran siaran langsung ini kerana rakyat memang tahu di dalam Parlimen memang penuh dengan pancaroba. Berikanlah peluang kepada rakyat untuk mengadili pemimpin yang mewakili kawasan mereka berhujah kerana inilah peluang terbaik untuk menjadikan rakyat lebih ‘telus’ di dalam memilih pemimpin mereka. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment