ibrahimbaba
Kesemua akhbar heboh memperkatakan perihal Jamry Sury, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, kononnya ditukarkan serta-merta. Maka akhbar-akhbar cuba memainkan emosi pembaca bagi mempersalahkan MB Nizar sebagai menganiayai Jamry.
IB ingin membawa kepada peristiwa sebaik sahaja UMNO/BN mengambil-alih pemerintahan Terengganu pada tahun 2004. Idris Jusoh telah memberi beberapa jam sahaja untuk Tg. Hassan, pegawai terkanan Negeri Terengganu di masa itu yang sekadar menanti masa untuk dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, untuk meletak jawatan (dibaca sebagai dipecat).
Surat yang sekadar memerlukan tandatangan Tg. Hassan didesak oleh Idris kerana mahu dipersembahkan kepada Tuanku Sultan yang akan berlepas keluar negara beberapa jam selepas itu.
Tg. Hassan yang IB temui beberapa hari selepas peristiwa pemecatan beliau tersebut menerima hakikat bahawa Idris tidak mahukan beliau. Apa yang berlaku selepas itu menjadi sejarah. Orang yang dipilih Idris untuk mengantikan Tg. Hassan sebagai SUK kemudiannya dipecatkan lagi sekali oleh Idris.
Jauh bezanya dengan apa yang berlaku di Perak.
Pertamanya, Jamry adalah seorang pegawai yang mungkin ke 6 atau ke 7 dari segi kekananan dalam pentadbiran negeri. Walhal, Tg. Hassan adalah pada kedudukan ke 2 sekadar menanti hari untuk dilantik sebagai ke no. 1.
Kedua, Jamry hanya sekadar ditukarkan. Memandang beliau seorang pegawai PTD, beliau boleh kembali ke JPA untuk diberi mana-mana jawatan lain - yang mungkin itulah yang beliau nantikan. Walhal, Tg. Hassan diberi tempoh yang amat singkat dan diberhentikan serta-merta.
Ketiga, semua akhbar memainkan isu Jamry. Walhal, tiada satupun akhbar melaporkan kes pemecatan Tg. Hassan selepas PRU2004.
IB yakin peristiwa seperti ini lebih menguatkan pemerintahan MB Nizar dan mampu membawa kecemerlangan yang dapat memanafaatkan rakyat. Semoga ini dapat memperkemaskan pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak.
Tg. Hassan kini adalah ahli DUN Ladang.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment