KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 1, 2008

Pakatan Rakyat Cadang Pendidikan Percuma Dari Tadika Ke Peringkat Universiti

bernama - Pakatan Rakyat akan mencadangkan kepada kerajaan agar diwujudkan dasar pendidikan percuma bermula dari peringkat tadika hingga universiti, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata pengwujudan dasar demikian boleh meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyekolahkan anak-anak mereka.


"Perkara ini akan dibangkitkan oleh anggota-anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat di dalam Dewan Rakyat. Kita juga akan memberi penjelasan kepada rakyat bagaimana mereka boleh mendapat pendidikan secara percuma untuk anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja anjuran Persatuan Kebangsaaan Pekerja-pekerja Syarikat Pembuat Keluaran Getah cawangan Perak, di sini Khamis.

"Sekarang ini ibu bapa perlu membayar yuran anak-anak mereka sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9 untuk sekolah menengah. Jumlah ini tidak besar tetapi ceritanya seolah-olah seluruh dunia merasakan di Malaysia ini pendidikan adalah percuma sedangkan ia tidak benar," katanya.
Sementara itu Mohammad Nizar berkata masih belum terdapat nama calon bagi dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama yang baru selepas Datuk Jamry Sury diberikan notis pertukaran 24 jam pada Selasa lepas.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive