harakahdaily - [...] Tidakkah ini jelas satu double standard yang dicerminkan pemimpin Umno sekarang. Sedangkan peristiwa yang berlaku pada April 1993 bukan sekadar mencabar raja malah cubaan menolak institusi raja-raja.
Pemimpin Umno terbabit dianggap cuba mempengaruhi sekumpulan rakyat bagi membangkit kebencian terhadap raja-raja Melayu. Namun mengapa Perdana Menteri tidak bertindak agresif seperti sekarang,� kata seorang pegawai pencen.
Pada peristiwa yang mencatat sejarah hitam dalam institusi beraja di Kelantan itu kedengaran laungan Daulat Tuanku ketika menyambut ketibaan Tengku Ibrahim Petra pada majlis pemasyhuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra.
Ketibaan beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Ketereh disambut meriah dengan iringan sirih junjung dan perarakan pulut semangat dan paluan nobat.
Antara pemimpin Umno Kelantan yang dikatakan terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit iaitu Datuk Annuar Musa yang berjawatan menteri ketika itu.
Seorang lagi bekas kakitangan kerajaan mempersoalkan mengapa pula isu menghina Sultan Terengganu dengan perkataan �natang� semasa isu pelantikan Menteri Besar tidak dihebohkan seperti sekarang.
Pemimpin Umno sendiri yang menolak pelantikan Datuk Ahmad Said sehingga mengugut mahu menyingkirkannya daripada parti.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
KALAU DIN JADI PM... MEMANG NAYA LA KAKITANGAN AWAM
52 minutes ago
2 comments:
That's why said, its' UMNO's agenda creating unrest among people. And because of this very fact UMNO's attempt must be rejected.
I can't understand people who call themselves true Muslims, Islam Hadhari are doing things completely opposite of the teaching. Hypocritics !
cm ner PM nak bertindak.....
klo kaji betol-betol media statement dia ari tuu.....
sesilap dia pon terlibat sama...
klo bertindak....
alamat dia sendiri pon kono la jang....
hakhakhak........
Post a Comment