takgedebe.blogspot
Sharhril Samad dalam laporan Utusan Malaysia hari ini (2/05/08) menafikan kenaikan harga beras. Mangkuk hayun betullah menteri ni! Semalam saya mengambil kesempatan cuti umum untuk pergi belanja bulanan barang keperluan rumah. Mula2 saya ke TESCO Kajang. Beras yang ada Cuma pek 5 kg dan kebanyakannya beras Wangi. Nampak sangat pada masa itu stok beras telah kurang di pasaraya tersebut. Malah harganya juga telah naik dari biasa. Seterusnya saya ke Alamanda Putrajaya untuk cari beras pilihan. Pun, stoknya dah tak banyak tapi dapat jugalah beli beras. Saya lihat ada sekeluarga bangsa China membeli se-troli beras 10kg, agak2 dalam dekat2 10 kampit. Nampak seolah2 ada kepanikan dalam masyarakat tentang stok beras dan kenaikan harganya.
Kalau merujuk kepada beras yang saya beli iaitu Jasmine Super dan Beras Siam Usang, dulu harganya masing2 Rm24.60 dan RM 23.80 tetapi kini dijual pada harga RM 29.45 dan RM 30.55. Tak naik ke harga beras tu wahai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna? Selayaknya anda mendapat anugerah Menteri Mangkuk Hayun!
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
13 minutes ago
1 comments:
Depa nie bkn makan nasik..makan lamb chop..chicken chop..segala jenis chop..tue tak tau harga beras..Aku pk tanam ubi kayu no..stail zaman jepon..cemerlang ..gemilang terbilang..sama ja dngan apdal dolo..bodoh sombong..
Post a Comment