pemudasabah - Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.No2umnO - Menarik ... wak nak belajar ilmu ni... Kalau sesiapa terima sms dari wak, mereka akan letak jawatan ....(ting tong ting tingo....muzik macam misteri)
Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.
Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu. Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.>> selanjutnya
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
1 comments:
Hoax adalah usaha untuk memperdayakan orang agar mempercayai sesuatu yang salah itu adalah benar.
Hoax biasanya datang dalam bentuk email peringatan, nasihat palsu, berita bohong atau berita palsu yang biasanya diakhiri dengan menyuruh pembaca menyebarkannya seluas-luasnya!
Hoax beredar di mana sahaja: email, social networking (friendster, myspace, hi5 dll), Yahoo Messenger, bahkan SMS.
Dalam tingaktan ‘penyampah internet’, pada saya hoax berada setingkat lebih parah daripada spam. Biasanya spammer me’nyepam’ email untuk mempromote website diorang, ataupun ingin membuat sesuatu jualan (tapi cara nie tidak betul). Sedangkan orang membuat hoax tak lain tak bukan hanyalah untuk kepuasan peribadi : terasa puas apabila dapat membohongi orang ramai.
Membuat hoax tidak menjadikan seseorang itu mendapatkan keuntungan apa2 pun, kecuali untuk berbangga kerana ‘hasil karya’nya beredar luas di internet. Sementara itu, ribuan bahkan jutaan orang yang bekerja pada industri yang berkaitan mengalami kerugian kerana produknya tiba-tiba saja tidak laku. Sementara ribuan orang yang lain mengalami kecemasan akibat membaca HOAX tersebut. Oleh kerana itu dalam menerima satu2 maklumat hendaklah dilakukan Cross-Check terlebih dahulu terhadap kebenaran isi maklumat tersebut, jangan terus mempercayainya, apatah lagi terus memforwardnya.
GaaraHoax itu boleh juga tersebar di SMS, misalnya anda menerima sms yang memberitahu jika tidak memforwardnya maka anda akan ditimpa bencana, tetapi jika anda memforwardnya anda akan mendapat balasan yang baik, lalu disertakan bukti2 bahawa si A telah ditimpa bencana kerana tidak memforward, dan si B pula dapat kesenangan hidup kerana memforward.
Hoax bukan sahaja berlaku dalam dunia komputer sahaja, bahkan dalam bab2 kesihatan, kewangan, kemanusiaan, atau bahkan tentang cuaca. Biasanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Ciri2nya tetap sama, iaitu dengan meyakinkan pembaca agar cerita yang mereka sampaikan kelihatan benar dan logik pada akal fikiran. Contohnya dengan menggunakan istilah2 ilmiah, mencampurkan informasi yang benar dan yang palsu, memberikan data-data yang berupa angka, menambahkan kata-kata ‘ajaib’ dengan memberikan kesaksian palsu ataupun menyuruh kita forward sesuatu perkara tersebut. Tujuannya adalah sama, membuat gossip yang akan membuatkan orang percaya padanya!
Ciri-ciri Hoax:
1. Mudah tersebar melalui email dan seringkali memanfaatkan kemudahan mailing list. Contoh: Yahoo Groups dll
2. Isinya biasanya berisi pesanan yang membuatkan kita berasa cemas, panik dan serba salah.
3. Diakhiri dengan peringatan agar si pembaca memforwardkannya.
4. Biasanya pengirim awal hoax ini tidak diketahui identitinya.
Post a Comment