KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 21, 2008

AZALINA MENJAWAB

Puteri jadi anggota Wanita Umno apabila lepasi had umur, Azalina
msta

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman berkata keanggotaan beliau dalam Pergerakan Wanita Umno tidak perlu dipersoalkan kerana semua anggota Puteri Umno secara automatik didaftar sebagai anggota Wanita Umno sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.

Azalina yang merupakan bekas Ketua Puteri Umno berkata perkara itu termaktub dalam perlembagaan Puteri Umno sejak pergerakan itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden Umno pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya mengenai kedudukan beliau tanpa jawatan dalam Wanita Umno walaupun beliau seorang menteri kabinet, Azalina berkata perkara itu tidak relevan untuk diperkatakan sekarang.

"Saya ialah Naib Ketua Umno Bahagian Pengerang, jadi soal sama ada saya ahli Wanita atau tidak, tidak timbul. Bukan isu ahli Wanita atau tidak, tetapi ahli Umno dilantik sebagai menteri kabinet.

"Mengikut perlembagaan (Puteri) juga, ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada hari Jumaat.

Azalina berkata soal jawatan tidak seharusnya menjadi topik utama kerana agenda utama pada ketika ini harus ditumpukan kepada usaha memperkasakan parti selepas dilanda pelbagai konflik.

"Bagi saya isu berkenaan pertandingan, kepimpinan tidak penting. Yang penting bagi saya ialah untuk kita meletakkan kekuatan kepada presiden parti, dan memberi Umno kekuatan semula supaya rakyat jangan salah faham berkenaan pendekatan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) menerusi Umno.

"Bagi saya generasi muda banyak tidak menyokong BN dalam pilihan raya kerana telah salah tafsir terhadap banyak dasar yang kita lakukan," katanya.

Senario ini tidak dapat tidak, jelas beliau, diakibatkan oleh pendedahan mengenai isu dalaman Umno yang banyak digembargemburkan oleh media.

"Ini adalah masa yang sangat tepat untuk semua pihak berganding bahu memperkasakan semula parti.

Isu sama ada anda ahli Wanita atau Pemuda tidak timbul kerana semuanya di bawah satu parti.

Semua yang berada dalam kabinet bertanding di bawah satu gabungan, bukan seperti pembangkang yang bertanding atas parti masing-masing," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive