KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 21, 2008

DISKRIMINASI DI DALAM MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

 Fuziah Salleh : 'Saya seperti Ahli Parlimen kelas kedua'
tranungkite
Oleh tutuhjang

" KUANTAN 20 Mac – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengamalkan dasar ‘tutup pintu’ apabila enggan bekerjasama dengannya dalam menangani masalah berkaitan penduduk bandar ini.

Fuziah yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuantan mendakwa, MPK juga tidak pernah menjemput beliau menghadiri sebarang mesyuarat agensi itu sejak memenangi kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

‘‘Saya merasakan seperti menjadi Ahli Parlimen kelas kedua kerana seolah-olah diketepikan daripada sebarang aktiviti yang dijalankan MPK,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Fuziah, MPK tidak sewajarnya melakukan tindakan seumpama itu kerana beliau dipilih menjadi wakil rakyat melalui proses demokrasi yang sah.

‘‘Selain sebagai wakil rakyat, saya juga merupakan seorang penduduk Kuantan yang membayar cukai serta berhak terlibat dalam aktiviti yang dijalankan MPK,” tegasnya.

Jelasnya, MPK sebagai agensi yang mentadbir bandar ini seharusnya bersikap adil dan bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Berikutan itu, Fuziah berkata, pihaknya akan mengadakan pusat khidmat bergerak bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan kepadanya sebelum dikemukakan kepada MPK.

‘‘Bagi peringkat permulaan, kita akan membuka kaunter di pasar pagi di Kampung Jawa, Ahad ini supaya orang ramai dapat mengemukakan masalah mereka,” katanya.

Selain itu, Fuziah turut kesal apabila MPK membatalkan semula kelulusan yang diberikan pada 13 Mac lalu kepada PKR untuk mengadakan majlis kesyukuran di Padang Seri Kemunting di sini Sabtu ini.

‘‘Apa yang mengecewakan ialah PKR telah membayar deposit sebanyak RM200 untuk menggunakan padang itu kepada MPK pada 13 Mac lalu.

‘‘Bagaimanapun kelmarin, MPK mengeluarkan surat yang membatalkan kelulusan itu tanpa sebarang alasan dan menganggap resit pembayaran tersebut sebagai tidak sah,” katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, lokasi program tersebut terpaksa diubah ke kawasan milik persendirian di Santiana Resort, Kampung Anak Air, Tanjung Lumpur pada tarikh yang sama
"

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive