A. S. Muhd Izhar
muraibetina.
BERSANDARKAN persepsi banyak pihak, ramai menjangkakan mungkin juga mengharapkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan dikenakan tindakan berikutan kenyataan beliau melalui surat terbuka kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertanggungjawab dan meletakkan jawatan berikutan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12). Dalam senario politik yang melanda UMNO dan BN ketika ini, keputusan mesyuarat Exco Pemuda semalam yang memihak kepada Datuk Mukhriz jelas dibuat setelah mempertimbangkannya daripada pelbagai sudut. Dalam soal ini Pemuda UMNO nampaknya memahami dan menerima apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Datuk Mukhriz bukan sahaja kepada kepimpinan tertinggi UMNO tetapi ahli parti keseluruhannya. Sebagai ahli UMNO Datuk Mukhriz dianggap berani dan telus kerana bercakap atas dasar kepentingan parti, menyuarakan apa yang beliau dakwa adalah adalah cetusan suara rakyat terhadap beberapa perkara yang menyumbang kepada kekalahan besar UMNO dan BN dalam PRU 12. Dalam soal ini Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri untuk menentukan tindakan terhadap Datuk Mukhriz nampaknya memilih jalan selamat dan penuh kematangan. more...
TAK DAK KISAH. CUMA MURAH SANGAT NAMA JIHAD
30 minutes ago
0 comments:
Post a Comment