KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 21, 2008

Orang Asli adalah sahabat saya yang sangat setia

lubokkawah

Selama tiga bulan saya menjalankan kerja-kerja politik di dua belas perkampongan Orang Asli di
DUN Jenderak, Kuala Krau, saya dapati mereka yang saya kenal dan gauli itu sebagai kawan-kawan dan sahabat yang sangat mulia, jujur dan ikhlas.
Saya rapat dengan mereka dan mereka juga rapat dengan saya. Melalui pergaulan saya dengan mereka saya dapat selami hati budi mereka dan apakah apirasi dan visi mereka.
Golongan mereka yang berumur 40 tahun kebawah mempunyai harapan yang tinggi agar kehidupan mereka dapat melalui perubahan supaya tidak dipinggirkan dari arus kemajuan dan pembangunan.
Mereka tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti bilakah harapan mereka akan tercapai. Mereka telah lihat ibu-bapa mereka, seperti nenek moyang mereka, hidup didalam kesusahan dan kemiskinan. Kesusahan dan kemisikinan mereka itu telah disalahguna oleh penduduk dari kaum lain untuk mengaut kesempatan bagi mendapatkan buruh kasar yang murah, dan kadang-kadang mereka tidak dibayar upah sewajarnya diatas kerja-kerja yang mereka lakukan sebagai buruh kasar.
Mereka tidak ada pilihan, terpaksa membanting tulang dengan upah yang kecil. Mereka ternanti-nanti dan tertanya-tanya mungkinkah ada harapan dihujung jalan yang gelap ini. Mereka tertunggu-tunggu mungkin adakah golongan yang sedar dikalangan penduduk diluar kaum mereka yang boleh memahami rintihan mereka, dan berjuang bersama-sama mereka.
Saya telah bawakan jalan perjuangan untuk mereka melalui Parti Keadilan Rakyat yang membawa "Keadilan Untuk Semua" dengan laungan REFORMASI.
Keadilan Untuk Semua adalah perjuangan yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan oleh Orang Asli. Ia adalah satu panggilan perjuangan yang progresif yang boleh membebaskan Orang Asli dari belenggu kemiskinan dan penindasan. Ia membawa erti bahawa Orang Asli sudah mempunyai tapak untuk berpijak. Orang Asli sudah boleh diassimilasikan kepada perjuangan yang lebih besar iaiu perjuangan rakyat Malaysia bawahan yang terdiri daripada semua kaum di Malaysia memperjuangkan Hak Asasi mereka.
Bagi Orang Asli, Hak Asasi ini sangat penting. Mereka akan terdedah kepada tuntutan-tuntutan yang mutlak dibidang hartanah, pendidikan, pekerjaan dan persamaan hak dengan kaum-kaum lain.
Walaupun Orang Asli merupakan Orang Asal di Negara ini, tetapi merekalah kaum yang paling susah dan terpinggir dengan semua cabang kehidupan mereka terbiar. Mereka tidak memilikki tanah bergeran secara persendirian, bila-bila masa tanah mereka boleh diisytiharkan sebagai tanah Kerajaan dan mereka boleh dipinta berpindah dari tanah mereka walaupun mereka telah mendudukki tanah itu sejak nenek-moyang mereka lagi.
Peluang pekerjaan bagi mereka amat kurang dan jenerasi demi jenerasi, mereka terpaksa bekerja diatas tanah yang tidak ekonomik dari segi pegangan, keluasan dan cara penghasilannya.
Taraf pendidikan mereka tersekat kerana kurang peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Golongan baru dari kalangan Orang Asli sudah menyedari hakikat kaum mereka yang terpinggir dan kurang mempunyai apa-apa peluang sekalipun.
Angin perubahan, keinsafan dan kesedaran kini telah bertiup kencang melalui laungan Reformasi. Kalau dulu mereka hanya terfikir bahawa UMNO itu sajalah menjadi wadah perjuangan mereka walaupun UMNO itu tidak melakukan apa-apa pembaharuan secara progresif dan meninggalkan kaum mereka dengan kehidupan seolah-olah Orang Asli tidak ada peranan dan tempat diluar masyarakat perkampongan mereka, kini mereka sudah sedar bahawa melalui Parti Keadilan Rakyat mereka boleh memainkan peranan yang dihargai dikalangan masyarakat pelbagai kaum diluar sempadan perkampongan mereka.
Mereka juga sudah sedar bahawa bukan UMNO saja boleh membentuk Kerajaan di Negara ini apabila mereka telah lihat 5 buah Negeri dan Wilayah Persekutuan telah jatuh ketangan Barisan Rakyat yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS, dan Negeri-Negeri itu pula telah mengumumkan tindakan-tindakan awal yang mendatangkan menfaat kepada rakyat.
Mereka diberitahu bahawa Barisan Rakyat hanya berangan-angan nak jadi Kerajaan, tetapi dengan mata kepala mereka sendiri mereka telah lihat Negeri-Negeri yang kaya seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan telah jatuh ketangan Barisan Rakyat. Apa mereka nak takut lagi.
Mereka yang menyokong Parti Keadilan Rakyat didalam Pilihanraya Umum ke-12 dengan megah menghulurkan tahniah sesama sendiri kerana kemenangan besar Parti Keadilan Rakyat dan Barisan Rakyat dan sekonyong-konyong penyokong-penyokong UMNO dikalangan Orang Asli menjadi bingung, dengan seribu persoalan kenapa BN kalah, dan UMNO tidak kebal lagi!
Saya akan meneruskan perjuangan membawa keadilan untuk masyarakat Orang Asli di 12 perkampongan mereka di DUN Jenderak, mereka suka kepada perjuangan untuk keadilan ini, dan saya gembira kerana Orang Asli disini sudah mulai sedar dan insaf bahawa masa depan mereka ada bersama-sama perjuangan yang lebih besar bersama-sama dengan kaum-kaum lain di Malaysia yang diperjuangkan oleh Barisan Rakyat.
Bergembiralah sahabat-sahabat saya dari kaum Orang Asli, perjuangan kita tidak sia-sia!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive