Khir Toyo dikatakan akan turun ke akar umbi untuk mengapi apikan rakyat agar terus mendesak kerajaan baru Negeri Selangor untuk merealisasikan manifesto mereka.Menurut Khir Toyo, BN akan berkempen di seluruh Selangor untuk menyedarkan orang ramai mengenai keperluan mereka menuntut janji-janji yang ditaburkan oleh pakatan PKR, PAS dan DAP di Selangor.
Belum pun sampai sebulan, Khir Toyo sudah menagih janji Kerajaan BA sedangkan rakyat sudah menanti lebih dari 2 penggal, apa yang kita dapat, kecuali rumah mewah kepada para exco, baca keratan berikut,
Katanya BN telah mencetak 500,000 manifesto yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga parti itu semasa pilihan raya umum lepas untuk diedarkan ke rumah-rumah di seluruh Selangor supaya orang ramai dapat menyemak mana-mana janji kerajaan baru Selangor yang belum dipenuhi.Menurut Dr Mohamad Khir, sehingga kini janji-janji kerajaan baru Selangor itu belum lagi dilaksanakan seperti memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang menyertai tadika dan mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk orang kurang upaya, warga emas dan anak yatim.
Rasanya semua ini cuba di kecohkan kerana usaha Khir Toyo untuk menutup penyalahgunaan kuasa beliau ketika menjadi MENTERI BESAR. Dalam pada itu, beliau yang juga dikatakan sebagai MEnteri besar yang paling banyak membuat hutang dengan kerajaan pusat dan menurut lapuran tahun 2007, hutang kerajaan Selangor kini mencecah billion ringgit. Yang mana perlu di dahulukan? Manifesto atau membayar hutang yang telah di lakukan oleh beliau. Kalau tanpa hutang, sudah pasti rakyat tidak terhimpit dan menerima ganjaran dari kemakmuran yang ada.
Juga tidak kedengaran pengumuman kerajaan baru Selangor untuk mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus, katanya.
Satu sahaja cara untuk menutup mulut jawa tak sedar diri ini adalah dengan MEMBONGKAR SEMUA SALAH GUNA KUASANYA dan DEDAHKAN HUTANG KERAJAAN TIKA ERA PEMERINTAHANNYA.
TAK DAK KISAH. CUMA MURAH SANGAT NAMA JIHAD
6 minutes ago
1 comments:
dedahkan bukan saja melalui blog...print dan sebarkan melalui kertas mcm kita kempen dulu...beritau rakyat kalau nak tuntut janji BA,pergi rumah anak toyo tu angkut apa ada..pergi jual utk bayar hutang kerajaan negeri..aku pergi pasar tani sungai ramal pun org tengok tempeh nampak anak toyo..masih ada sindiran mukanya ayu...makan tampeh....
Post a Comment