sujudterakhir
Kepada semua pemimpin dan ahli parlimen mahupun ADUN dari parti BN-UMNO, cepat-cepatlah mulakan kerja membantu rakyat. Usahlah berkelahi mengenai jawatan dan bergaduh sesama sendiri. Ini akan memalukan lagi parti anda yang telah kalah teruk dengan aib itu. Biarlah sesiapa pun yang hendak meletak jawatan sebagai tanda tanggungjawab. Seperti mana Sheikh Radzi dan Khir Toyo memilih untuk meletak jawatan mereka sebagai tanda mereka sedar dan peduli atas kelemahan mereka. Tindakan itu harus dipuji dan boleh dilabel sebagai 'gentleman'.
Sungguhpun wanita UMNO telah disisihkan oleh Dolah, umpama habis madu sepah dibuang jadikanlah itu sebagai pengajaran. Pengajaran bahawa di dalam politik BN siapa pun anda hatta Perdana Menteri atau Presiden jika anda sudah tidak dikehendaki , anda akan dicantas. Inilah nasib Rafidah dan yang lain. Sama seperti Ku Li yang kini secara umum mencabar Dolah untuk menggantikannya sebagai Presiden UMNO setelah melihat kecacatan dalam kepimpinan. Ku Li seorang politikus yang banyak pengalaman dan merupakan satu barisan veteran dengan Tun Mahathir. Ku Li layak cantas Dolah. Beliau menyatakan , jika Presiden UMNO masih berdegil tidak mahu turun dari jawatan itu dan beliau tidak boleh mencabar Presiden, tukarkan sahaja nama jawatan itu kepada jawatan presiden seumur hidup.
Sebahagian penyokong dan ahli UMNO juga terus menunjukkan ke'kanak-kanak'an mereka selepas kekalahan menerusi demonstrasi yang kononya ingin membela Sultan Melayu dan Orang Melayu. Bagi Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS, katanya UMNO pergilah buat demonstrasi kerap dan acapkali supaya rakyat boleh benci kepada mereka. Maklumlah perhimpunan haram mereka mendapat layanan yang baik dari polis. Kita sudah tiada masanya sebenarnya untuk berkumpul di Komtar ataupun Shah Alam dan berdemonstarsi atas masalah yang provokasi, sekarang kita mempunyai banyak kerja untuk membantu dan menaikkan taraf hidup rakyat. Inilah janji kita sebelum pilihanraya dan kita akan tunaikan. more...
TAK DAK KISAH. CUMA MURAH SANGAT NAMA JIHAD
15 minutes ago
0 comments:
Post a Comment