KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 21, 2008

Richard Riot Masih Anggota Parlimen BN - PRESIDEN SUPP, George Chan

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Serian Richard Riot masih menganggotai Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) meskipun terdapat khabar angin kononnya beliau telahpun meninggalkan parti itu setelah tidak berpuas hati kerana tidak dilantik sebagai anggota Kabinet persekutuan.

Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam hari ini berkata parti itu tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Richard, seorang berketurunan Bidayuh dan Anggota Parlimen Serian selama lima penggal.

"Saya dan setiausaha agung tidak menerima apa-apa pun. Saya tidak fikir ia benar. Saya cuba hubungi beliau tetapi tidak berjaya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Chan mengakui Richard agak "kecewa" selepas beliau tidak dilantik menganggotai Kabinet persekutuan dan beliau (Chan) menasihati Richard supaya bersabar memandangkan parti sedang mengusahakan penyelesaian untuknya.

"Terdapat khabar angin bahawa beliau mahu menyertai pembangkang tetapi sehingga sekarang, kami masih belum dapat menghubungi beliau. Saya telahpun meminta YB Ranum (Mina) dan YB Francis (Harden) untuk mencari beliau memandangkan beliau tidak dapat dihubungi," katanya.

Chan berkata beliau mencadangkan nama Richard selain setiausaha pengelola parti Datuk Peter Chin Fah Kui, dua naib presiden Datuk Robert Lau dan Datuk Yong Khoon Seng untuk jawatan dalam Kabinet persekutuan.

Bagaimanapun, hanya tiga daripada empat yang dicadangkan itu mendapat tempat dalam Kabinet -- Chin (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi), Lau (Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Yong (Timbalan Menteri Kerja Raya).

"Semasa saya mengemukakan nama itu, saya berharap setiap seorang daripada mereka akan diterima, termasuk Richard yang saya cadangkan untuk jawatan Setiausaha Parlimen.

"Bagaimanapun, memandangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) memutuskan untuk memansuhkan jawatan Setiausaha Parlimen, nama Richard tiada dalam senarai," kata Chan sambil menambah beliau masih berharap agar Abdullah akan memberi pertimbangan kepada Richard untuk jawatan lain. "Pada masa ini, saya hanya berharap beliau bersabar dan membiarkan kami menyelesaikannya," kata Chan.

Richard bertanding buat kali pertama untuk kerusi Parlimen Serian, kawasan majoriti penduduk Bidayuh, sebagai calon bebas pada 1990 sebelum menyertai SUPP kemudian.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, beliau mempertahankan kerusi itu untuk penggal kelima dengan menewaskan calon SNAP Sylvester Belayong Jayang dengan majoriti 13,427 undi.

SUPP bertanding bagi tujuh kerusi Parlimen, dan hanya kalah kerusi Parlimen Bandar Kuching kepada DAP.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive