detikdaily
Saya amat tertarik dengan satu kenyataan dari salah seorang pensyarah IPTA di selatan tanah air yang merupakan anak watan Selangor yang bermustautin di sana. Dalam pertemuan yang singkat itu, pensyarah tersebut mengungkap kembali kata-kata Khir Toyo ketika mula menjadi MB Selangor dulu....
"Saya tidak percaya langsung dengan guru-guru agama di negeri Selangor ni, selagi tak sign borang UMNO depan mata saya saya tak percaya mereka menyokong saya" Kata Khir Toyo dengan nada angkuh.
Teringat kembali ketika pilihanraya ke 12 yang lalu hampir tiba, tidak teragak-agak lagi pejabat menteri besar Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan Multaqo (perhimpunan) nazir-nazir masjid diikuti dengan Multaqo guru-guru agama negeri selangor di Dewan Belia Seksyen 7 Shah Alam, semata-mata nak berkempen supaya mengundi BN dalam pilihanraya ke 12 yang lalu.
Saya tertanya-tanya, bukankah sidang DUN dah dibubarkan, mengapa ada lagi istilah arahan dari MB atau Majlis bersama MB? rata-rata mereka yang hadir merasa hampa dan kecewa kerana terpaksa bangun pagi-pagi dan menyewa bas dari daerah-daerah yang jauh seperti sabak bernam dan hulu selangor semata-mata nak dengar celoteh Khir Toyo.
Sahabat saya yang menjadi salah seorang urusetia dalam majlis tersebut terpaksa bekerja 24 jam nak buat persiapan yang dirancang kurang dari seminggu.
Diburukkan lagi dengan upacara majlis pecah tanah SRA di Desa Nanding Hulu Langat. Hujan turun dengan lebatnya setelah Khir Toyo selesai merasmikan pecah tanah. Sehari sebelum pilihanraya satu majlis penyerahan cek Time base bagi kakitangan kerajaan terutama JAIS, memaksa semua kakitangan dan guru-guru agama di Selangor mendengar amanat akhir dari Khir Toyo. Jelas dan terang beliau telah menyalah guna kuasa dan patut pun tumbang dalam pilihanraya yang lalu. Guru-guru Agama Negeri Selangor pun memang dah muak dan tak percaya dengan Khir Toyo lagi sampai bila-bila sebagaimana dia tak percaya kepada guru-guru agama.
saya akan sambung lagi beberapa pendedahan tentang penyalahgunaan kuasa khir toyo yang patut di siasat oleh Kerajaan Barisan Rakyat yang kini emmerintah negeri tercinta Selangor Maju .
Adioss...
TAK DAK KISAH. CUMA MURAH SANGAT NAMA JIHAD
53 minutes ago
0 comments:
Post a Comment