Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menggesa Umno mengadakan demonstrasi yang lebih besar dan lebih kerap.
"Buat besar lagi. Buat hari-hari. Lagi besar dan lagi kerap kamu buat, lagi benci rakyat kepada kamu. Senang sikit kerja kami. Tak perlu nak susah-susah ceramah sana-sini beritahu kepada rakyat siapa sebenarnya Umno," kata beliau.
Menurut Mohamad Sabu, berikutan sikap polis yang "memberikan layanan terbaik" kepada demonstrasi-demonstrasi Umno itu, beliau menerima banyak aduan termasuk dari rakyat biasa yang bertambah benci kepada kedua-dua pihak.
"Kalau kita nak buat perhimpunan aman, belum berhimpun dah kena tangkap. Tak jadi berhimpun pun kena tangkap. Tak berhimpun dan hanya bercakap kepada akhbar pun kena tangkap juga," katanya sambil mengaitkan penangkapan beberapa pemimpin pembangkang yang menyertai sidang akhbar di Parlimen sebelum ini.
"Kalau Umno buat, bukan sahaja polis tidak tangkap, malah memberikan layanan terbaik. Polis mengkastakan rakyat?
"Sikap polis terhadap Umno itu akan menambahkan lagi undi kita dalam pilihan raya akan datang, insya Allah," katanya.
Rakyat benci
Sebelum ini, katanya, rakyat bertindak mengundi pembangkang kerana pelbagai sebab.
"Ada yang undi pembangkang kerana benci kepada (Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi), ada yang benci sangat kepada (menantu Abdullah) Khairy (Jamaluddin), ada yang memang benci kepada Umno dan BN (Barisan Nasional), ada yang meluat sangat kepada (Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul) Rashid (Abdul Rahman) dan ramai yang benci polis," katanya.
Sebab itulah, katanya, demonstrasi-demonstrasi yang dibuat oleh Umno dan "pak lawak-pak lawak" parti tidak sepatutnya dikecam dan dilarang.
"Biar mereka buat banyak-banyak, hari-hari. Umno ada demokrasi, kan? Kita tak ada. Lagi pun, orang-orang Umno di Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tak ada kerja sekarang. Buat demonstrasilah, nak buat apa lagi?
"Nak bela raja-raja Melayu konon, dulu siapa yang buat perhimpunan di seluruh negara hentam raja-raja Melayu? Hari ini, akhbar-akhbar Umno yang dahulunya menghentam dan menghina raja-raja Melayu berlagak sebagai pembela raja-raja Melayu kononnya.
Bunuh DEB di WPI
"Bila Abdullah bunuh DEB (Dasar Ekonomi Baru) di WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar), mana muka-muka itu? Mana Melayu-Melayu itu? Kenapa tak demonstrasi masa itu? Rakyat sudah lama kenal siapa pembohong," katanya lagi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kerajaan Abdullah akan mengambil kesempatan dari demonstrasi-demonstrasi itu untuk menangkap pembangkang.
"Tahun 1987, Umno yang buat perhimpunan, kami (pembangkang) yang kena tangkap (dalam Operasi Lallang)".
Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Md Ramli pula berkata, rakyat akan melihat sendiri adakah polis akan bertindak adil.
"Kalau dengan pembangkang, dibelasah habis-habisan dengan cota, tembakan dan semburan asid. Belum berhimpun kena tangkap, tidak berhimpun pun kena tangkap. Kita nak tengok (apa tindakan polis terhadap demonstrasi-demonstrasi Umno)," kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu yang tergesa-gesa untuk menghadiri program bersama rakyat di kawasan yang diwakilinya ketika dihubungi.
TAK DAK KISAH. CUMA MURAH SANGAT NAMA JIHAD
13 minutes ago
0 comments:
Post a Comment