msomelayu - ANCAMAN bersifat kebudak-budakan oleh seorang Adun untuk mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tikit Pas dalam pilihan raya lalu sekiranya Adun Meranti, Nasaruddin Daud menjadi Speaker tidak menjadi kenyataan apabila Adun berkenaan ikut sama bersama 44 Adun lain mengangkat sumpah sebagai anggota Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan menyatakan taat setia kepada Sultan Kelantan di DUN Kelantan pagi ini.
Sebelum ini Adun berkenaan yang bercita-cita untuk menjadi Exco telah mengwar-warkan beliau akan mengosongkan kerusi yang disandangnya sekiranya Pas tetap memilih Nasaruddin menjadi Speakar.
Walaupun kawan-kawan rapatnya telah memujuk Adun berkenaan, beliau dikatakan tetap berkeras dengan keputusannya akan mengosongkan kerusi berkenaan.
Ancaman untuk melepaskan jawatan itu juga sampai ke pengetahuan MB Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimana pun Tok Guru dikatakan tidak mempedulikannya. more...
Apr 28, 2008
Adun Tidak Jadi Untuk Kosong Kerusi
Labels: Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ADUN meranti salah hari bulan agaknya,nak ugut TGNA?.
KJ yg kata TGNA bisu semasa Kempen,at last dia yang bisu,selepas itu .
Adat Melayu tak lawan Guru,Orang Islam tak melawan Tuan Guru.
Post a Comment