Malaysiakini - Ketua bahagian Umno Seremban akan menemui Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dalam pelantikan adik-beradiknya sebagai ahli pihak berkuasa tempatan.
Datuk Ishak Ismail akan membuat laporan tersebut di pejabat BPR negeri di Seremban kira-kira jam 8.30 pagi esok.
"Ia membabitkan kes Datuk Azman dan Datuk Abdul Ghani yang dilantik sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 2004 dalam satu mesyuarat exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Mohamad.
"Saya yang hadir sama sebagai salah seorang exco terkejut kerana Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, yang antara lain untuk melantik abang dan adiknya menjadi ahli majlis MPN dan MPS.
"Sepatutnya beliau sebagai menteri besar tidak boleh berada dalam mesyuarat itu kerana ia membabitkan kepentingan adik-beradiknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. more...
HARAM BANTU PEMFITNAH.
13 minutes ago
1 comments:
kesian dia .. inilah padahnya
ingat lagi masa mat taib kata semua ketua bahagian bersetuju buat egm umno tahun depan?
mb negeri sembilan dengan lantangnya kata dia ketua bahagian tapi dia tak setuju so kata mat taib tak betul yang semua ketua bahagian setuju
saya orang umno dan saya sedih melihat inilah padahnya kepada ahli umno yang menentang kempimpinan
Post a Comment