Greenboc - Tindakan Ahli Parlimen Mersing yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad yang untuk tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah dengan tidak mengangkat tangan kanannya di sidang pertama penggal ke dua belas telah menerima riaksi tindakbalas yang serupa dari Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang mengangkat tangan dengan tangan kiri dengan alasan tangan kanannya sakit.
Tindakan Karpal Singh itu adalah tepat sebagai menyindir Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak tegas di dalam mengenakan peraturan tersebut kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan mengubah ayat peraturan "seraya mengangkat tangan kanannya" kepada ayatnya sendiri: "kalau boleh angkat tangan kanan".
Ia adalah satu permulaan yang hodoh dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen BN yang tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan juga merupakan satu sikap tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat yang tidak tegas mengenakan peraturan berkenaan ke atas Abdul Latif disebaliknya melakukan pembelaan peribadinya kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan menyatakan "mana tahu dia tidak boleh angkat tangan kanannya.." seraya disambut tepukan oleh ahli-ahl parlimen BN. more...
artikel lain
Petugas media ghairah dekati Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
Apabila Ahli Parlimen UMNO Mula Berkurang Ajar Di Parlimen
Wujud kekuatan baru di kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
Hari pertama Parlimen
Pertempuran Sudah Bermula! Hampir 46 hari sudah berlalu selepas ...
AWAN MENDUNG DI PARLIMEN
Wanita, Teladanilah Azizah
HARAM BANTU PEMFITNAH.
4 minutes ago
0 comments:
Post a Comment