Agendodaily - Jika ia menjadi kenyataan…UMNO Bahagian Cheras akan menjadi UMNO Bahagian pertama di negara ini yang secara rasmi mengundang Tun Dr Mahatahir Mohamad untuk mendengar secara langsung apa yang nak dikatakannya tentang senario politik negara.Asalnya bekas Perdana Menteri itu sudah dijemput datang pada 4 Mei ini tetapi ditangguhkan kerana para pemimpin UMNO Bahagian itu akan mengadakan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 24 Mei.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabsee ketika berucap menggulung perbahasan di mesyuarat khas UMNO Bahagian itu petang Ahad secara spontan bertanya kepada 186 perwakilan yang hadir samada masih ingin menjemput bekas Perdana Menteri itu.Para perwakilan UMNO cawangan,Pemuda ,Wanita dan Puteri itu secara serentak mengangkat tangan dan bergema perkataan,"setuju…".Syed Ali yang yang ditemui Agendadaily sejurus selesai mesyuarat khas itu yang berlangsung di pejabat UMNO Cheras di Jalan Peel,Kuala Lumpur menjelaskan bahawa jemputan Dr Mahathir adalah atas permintaan akar umbi.
"Kita akan berjumpa dengan Perdana Menteri dulu kemudian saya akan mendapatkan tarikh baru agar Tun boleh hadir ke sini," jelasnya.Beliau berharap jangan ada pihak memandang serong terhadap keputusan untuk menjemput Dr Mahathir bertemu pemimpin-pemimpin cawangan UMNO Cheras."Kita akan bawa (Dr Mahathir), ini keputusan akar umbi, apa salahnya kita jemput Dr Mahathir, beliau bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden parti, suatu hari nanti Pak Lah berhenti, kita panggil Pak Lah pulak, apa salahnya…kita mahu 'Hardtalk' dengan UMNO Cheras," kata Syed Ali.
HARAM BANTU PEMFITNAH.
29 minutes ago
0 comments:
Post a Comment