KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 28, 2008

Hentikan EGM, kata Pak Lah kepada Umno bahagian

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani surat akuan sumpah selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Kepala Batas di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen di sini, hari ini. - Foto BernamaMStar - "Tak Perlulah, lebih baik tindakan seperti ini dihentikan," kata Presiden Umno itu sebagai mengulas kemungkinan banyak lagi bahagian akan mengikut jejak bahagian-bahagian Gua Musang, Batu Pahat dan Cheras yang telah pun mengadakan EGMnya baru-baru ini.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata kerajaan lebih memahami kehendak rakyat yang mahukan Umno menumpukan perhatian kepada isu-isu lebih penting seperti kenaikan harga keperluan harian dan kekurangan bekalan makanan dan bukan kepada isu melibatkan parti.

"Kita menal semua, ahli politik semua orang kenal, semua tahu apa kemampuan mereka, apa kebolehan mereka, apa kesalahan mereka, yang tak elok tentang mereka, apabila tiba masanya kita semua bermsyuearat, tentulah apa yang perlu ditentukan.

"Nak kata nak hantar mesej lagi, tak perlulah, dah keluar dalam surat khabar, dah banyak dah orang buat kenyataan.

"Tetapi, tapi bila saya cakap, nanti orang akan kata, memanglah Pak Lah cakap macam tu kerana dia terlibat, tetapi saya nyatakan ini bagi semua pihak. Jika saya tidak cakap seperti ini, siapa lagi," tegas beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno lewat petang Isnin. more...

No2umnO - Kita tengok apa kata pendekar pendekar UMNO ... Keris dah tak der, tinggal pendekar parang kontot ...... Berani tak?

1 comments:

Putra IJ80 said...

Kesian pula bila dengar Pak Lah kata begitu..
Sayang,Dah terantuk baru nak tengadah..
Ahli ahli Amno yg selama ni sibuk dgn pangkat(kuasa),sibuk tambah harta,sibuk dgn hisap cherut Havana dan.......
Mula terfikir,kalau kapal (AMNO)tengelam mcm mana nak berenang ketepian.

Posting terkini

Blog Archive