Zahid melahirkan kebimbangan melihat integriti masyarakat hari ini sudah begitu rapuh seperti dimakan anai-anai, yang jika dibiarkan akan merosakkan terus sistem sosial masyarakat negara ini.Zahid mulakan jihad perangi rasuah
MStar - Pembasmian rasuah akan mengambil langkah baru apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan rancangan 'Jihad Memerangi Rasuah' yang akan dimulakan secara besar-besaran tidak lama lagi.
Jihad itu pernah dibuat olehnya pada 1996 tetapi dalam kapasiti yang berbeza dan dengan kuasa penuh yang diberikan sekarang (sebagai Menteri), beliau berhasrat mengembalikannya semula untuk memerangi rasuah di kalangan kakitangan kerajaan melalui pendekatan Islamiah.
"Penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah oleh kerajaan yang dibuat baru-baru ini patut dialu-alukan oleh semua pihak dan kita melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) akan melancarkan jihad memerangi rasuah melalui peringkat akar umbi," katanya di Majlis Perasmian "Show Village" Timur di Bandar Enstek.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Tabung Haji Properties Sdn. Bhd, Datuk Azizan Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Properties Sdn. Bhd, Zaharuddin Saidon.
Zahid telahpun meminta pegawai JAKIM dan YADIM mengumpulkan nas-nas dan dalil-dalil pada hadis dan AlQuran berkaitan rasuah untuk dilontarkan pada ceramah dan kempen jihad itu nanti yang akan dibuat juga melalui media elektronik dan cetak. more...
No2umnO - Berani ke Zahid Sergah orang atas tu? Cakap boleh .... nak buat susah. Cam nih....aku boleh jadi menteri.
2 comments:
zahid tu faham ke apa maksud Jihad?
erm?!
salam...
apa lagi la si zahid nie....
jihad rasuah!!!...
bak kata rasabijak...
tau ke dia makna jihad...
makna rasuah mungkin tau kot....
rasuah==komisyen....hahah
erm baik die g check bebetol la bkn apa...
takot makna jihad rasuah dalam kitab hidup dia..jgn tolak langsung rasuah...
entah la kan...
teringat kata2 dia x brapa lama dulu...
"minyak dimalaysia hanya sesuai untuk digunakan JET!!!!"
skarang JIHAD RASUAH...
:)
salam hormat utk semua....
Post a Comment