detikdaily - Perlembagaan mengatakan bahawa “Yang di-Pertuan Agong, bertindak atas nasihat Perdana Menteri, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja” akan melantik mereka.
(The Chief Justice of the Federal Court, the President of the Court of Appeal and the Chief Judges of the High Courts and (subject to Article 122C) the other judges of the Federal Court, of the Court of Appeal and the High Courts shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong, acting on the advice of the Prime Minister, after the consulting the Conference of Rulers.)
Jadi tiga pihak yang berhak dan bertanggungjawab itu adalah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja. Itulah yang berlaku atau sepatutnya berlaku sejak Malaya (kini Malaysia) merdeka pada 31 Ogos, 1957.
Mungkin bukan suatu kebetulan apabila para perundingan kemerdekaan yang mewakili Tanah Melayu dan Empayar British pada tahun 1956 memberikan kuasa ke atas Kehakiman kepada Yang di-Pertuan Agong (Melayu), Perdana Menteri (Melayu), dan Raja-Raja (Melayu).
Tetapi sekiranya sebuah suruhanjaya ditubuhkan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pada jamuan makan malam Majlis Peguam (Bar Council) baru-baru ini, maka berkuranganlah kuasa tiga pihak ini.
Yang akan turut berkuasa dan turut berpengaruh adalah ahli suruhanjaya yang dicadangkan itu.
Secara peribadi, saya berasa agak hairan mengapa sebuah suruhanjaya diperlukan. Adakah perkongsian tiga pihak ini belum menjamin ketelusan proses pelantikan dan seterusnya integriti Kehakiman? more...
HARAM BANTU PEMFITNAH.
19 minutes ago
0 comments:
Post a Comment