malaysiakini - Akauntan bertauliah Yee Choon Kong & Co berkata yang dipertuanya Zahrah Kechik dan suaminya, yang juga bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atau sebarang ahli Balkis tidak pernah merujuk firma itu seperti didakwa dalam laporan The Star hari ini.
"Ia juga dapat dibuktikan dengan kenyataan Dr Mohamad Khir seperti dilaporkan oleh New Straits Times bahawa 'tidak perlu merujuk atau memaklumkan kepada juruaudit Balkis sebelum badan kebajikan itu dibubarkan dan dananya dipindahkan," kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 1997.
"Panggilan telefon kepada bendahari (Balkis) tidak dijawab pada tarikh tersebut dan mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan saya juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya dan tidak pernah pula saya 'mengesahkan akaun tersebut sebelum dana itu dipindahkan' seperti laporan New Straits Times," kata pemilik firma itu Yee Choon Kong.
Zaharah, yang memimpin Balkis atas sifatnya isteri menteri besar Selangor sebelum pilihanraya umum 8 Mac, dilaporkan cuba membubarkan badan itu pada 11 Mac dan menubuhkan sebuah badan lain, nama dicadangkan antaranya "Balkis-BN". more...
artikel dan berita lain ;
Auditor: Balkis never submitted accounts
Would Bakti return Balkis money to Selangor?
Sibuk Burukkan PAS dengan isu Babi, Allah tunjuk pengkhianatan ...
Dunia rahsia Datin-Datin!
Ball Kissed !!!
HARAM BANTU PEMFITNAH.
36 minutes ago
1 comments:
Jangan le marah sangat pada Datin seri,dia cuma ikut cakap suami,.
Post a Comment