MStar - PETE a.k.a Raja Petra Kamarudin a.k.a. RPK dengan penampilan beliau dalam rancangan Blog di RTM1 semalam memang hebat. Keterampilan beliau yang amat mengkagumkan sekali dalam menjawab segala hujah-hujah yang dilemparkan oleh hos.
Tapi hos RTM ni bukan ada business 'jual-beli orang' tapinya dia menjual-beli hujah antara dirinya sebagai hos RTM1 dengan tamu undangan Raja Petra yang dengan bijak lagi pintar menjawab segenap soalan yg dilemparkan kepadanya dgn spontan sekali begitu tepat dan begitu 'open' tidak berselindung atau teragak-agak kerana takut atau 'obliged' akan sesuatu pihak.
Pete memang bijak, pantas dan tangkas dalam memahami soalan-soalan dengan membalas jawab akan soalan yang dilemparkan kepadanya. Namun jika sesuatu soalan yang dilemparkan kepadanya berbunyi kabur atau seolah-olah ingin memerangkap beliau untuk memberi jawapan yg memberi sesuatu 'commitment' terhadap pihak yg berkepentingan, disini pihak RTM sebagai rep kerajaan - maka tanpa buang masa sesetengah orang akan 'beat around the bush' saja tapi tidak dengan Pete.
Beliau terus menyoal balik si hos, misalnya apa yang disoalkan balik kepada si hos seperti "Apa maksud 'kesetabilan'? 'Kestabilan dari segi apa?' (What do you mean by 'stability' - in what sense?). Terkedu juga hos hendak menjawab.
Last but not least, hos akhirnya menempelak pihak stesen TV itu sendiri (disini RTM lah).
Adakah pihak RTM tidak punyai hos yang setanding dengan kredibiliti atau ketokohan Raja Petra? Untuk digandingkan dalam bualbicara seperti dalam rancangan Blog di RTM1 semalam?
Atau adakah RTM sudah ketandusan kakitangan yang petah bercakap dan cerdik serta pintar akal dalam berhujah? Atau pihak RTM sendiri memandang enteng akan ketokohan si tamu yang diundang? Atau pihak RTM fikir si tamu yang diundang akan berasa 'obliged' dan perlu menjaga hati pihak RTM sebagai hos?
Adakah RTM fikir Pete akan sentiasa akur akan kehendak pihak yang mengundang supaya jawapan-jawapan dan hujah-hujah yang keluar dari mulutnya tidak berbau 'menentang' malahan mengikut arus dan kehendak mereka jua.
Satu lagi rancangan bual-bicara seperti ini sepatutnya memakan masa satu jam dengan membuka ruang untuk para penonton membuat panggilan masuk untuk sama-sama berinteraksi kerana ianya secara Live (siaran langsung) mungkin boleh memeriahkan lagi suasana.
Kalau sekadar rancangan yang pendek, kurang lebih 15 - 20 minit, dengan mereka yang terlibat dengan tergopoh-gapah mengejar dan menjaga masa yang begitu suntuk - nampak macam RTM hanya sekadar 'melepas batuk ditangga' sahaja lah.
Dengan ruang yang diberi, orang tak boleh mempertikaikan lagi tentang hal tidak ada 'openness' atau 'sikap keterbukaan' pihak RTM (Kerajaan). Itu yang amat di tekankan oleh si hos - iaitu tentang 'sikap keterbukaan' atau 'openness' di pihak RTM.
Namun Pete menjawabnya dengan begitu spontan dan bersahaja sekali. Beliau tidak akan tunduk bagaikan 'obliged' kepada pihak hos (RTM sendiri). Dan itulah juga jawapan yang pihak penonton harapkan.
Syabas Raja Petra. Kita hendaklah berkata benar dalam keadaan apa sekalipun.
Walaupun dalam ruang yang diberi hanya sekadar 15-20 minit sudah cukup pihak MSM - MainStreamMedia (media arus perdana) boleh mendabek dada mengatakan "Kita media arus perdana sekarang bersikap terbuka". Itu lah yang amat di tekankan sangat dalam hujah bersama Blogger untuk menyatakan kononnya pihak MSM sudah terbuka.
Justeru itu, apa yang kita dapat lihat dari respon yang bersahaja dan spontan? Reaksi Raja Petra dalam membalas hujah berupa jawapan keatas soalan-soalan yang dilemparkan oleh hos, dibalas jawabnya tanpa ragu-ragu tanpa segan silu lagi dgn tepat sekali. Itu yang kita orang mahu. "Without fear or favour" kata orang putih.
Ya! Kita orang hendakkan tokoh seperti inilah. Tegas dan tidak takut tidak gentar akan sesiapa jika hendak meluahkan buah fikiran dari luahan hati sendiri (personal opinion).
Ini bukan sekadar hendak main ampu-mengampu macam ramai para-para tamu undangan (seperti pakar-pakar motivasi, penceramah-penceramah upahan, pendakwah-pendakwah upahan, ustaz-ustaz juga ustazah-ustazah upahan yang sering memberi kata-kata puji-pujian melambung-lambung terhadap pihak pemimpin yang bukannya nampak cemerlang pun (malah banyak yang mencurigakan) tapi sebab nak mengampu dan membodek punya pasal maka dipaksakanlah segenap kata-kata pujian punyalah begitu ketara dan melampau-lampau hingga nampak membosankan dan naik muak kita yang menonton dan mendengarnya.
Contoh terbaik, cuba perhatikan Ustaz yang menghoskan rancangan 'Halaqah' di TV9 pada tiap minggu (Ahad 9:00 malam). Setiap apa yang terkeluar dari mulutnya semuanya berupa kata-kata manis berupa pujian semata-mata yang bertalu-talu diajukan kepada sesiapa saja yang hadir sebagai tamu undangan.
Nampak macam 'tak sincere' - nampak sangat 'ketidak jujuran' di segi itu. Kita orang dapat mengesan sama ada sesuatu gerak laku, perbuatan, tingkahlaku (body language) seseorang itu sama ada ianya ikhlas atau tidak? - "sincere" atau sekadar berlakun semata-mata. Itu namanya 'berpura-pura,' penuh dengan 'kepura-puraan' tidak ikhlaslah namanya.
Diterjemahkan ke bahasa Inggeris, "hypocrite". Jika diterjemah kepada bahasa Arab yg lebih keIslaman bunyinya "munafiq". Bukankah agama Islam melarang dan mengutuk golongan-golongan 'munafiqun'?
Tentu seseorang tokoh yang bergelar ustaz atau ustazah lebih arif tentang (baik buruk) ajaran agama yg di tuntut Islam seperti ini?
Apa pun - apa yg dapat kita perhatikan dan membuat rumusan dari maklumbalas atau respon yg diberi oleh Raja Petra itu nyata sekali adalah cukup bernas dan menepati pandangan dan pendapat umum yang tidak condong kepada mana-mana pihak kepartian seperti apa yang di katakannya di akhir ungkapannya iaitu 'amal makruf nahi mungkar'.
SAMSEMAUN
HARAM BANTU PEMFITNAH.
14 minutes ago
0 comments:
Post a Comment