kelantankini - (...) Persidangan Dewan Rakyat kali ini mencatat sejarah apabila pihak pembangkang telah memilih seorang wakil rakyat wanita sebagai Ketua Pembangkang iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Apa yang lebih menarik ialah buat pertama kalinya dalam sejarah sejak 50 tahun (sejak merdeka), parti pemerintah tidak memperoleh majoriti 2/3 pertiga di Dewan Rakyat.
Tambah menarik lagi semua presiden atau ketua parti dari Pakatan Rakyat kini berada di Dewan Rakyat. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang (Ketua Pembangkang penggal lalu).
Dengan suara yang agak besar ini diharap banyak isu nasional dan isu melibatkan rakyat bawahan di samping isu melibatkan penyelewengan parti pemerintah dapat diketengah dan diperbahaskan dengan berkesan.
Tambahan pula ramai wakil rakyat dari PR adalah terdiri daripada pemimpin muda yang mempunyai kemampuan dalam mengupas setiap isu yang akan dibangkitkan nanti. more...
Related news -
Activists, bloggers and 'rabble-rousers' for lively sessions in Parliament from tomorrow
HARAM BANTU PEMFITNAH.
38 minutes ago
0 comments:
Post a Comment