email oleh:
Tinggal di kampung? Pekan? Felda? Bandaraya? Putrajaya?
Kerja kerajaan? Swasta? Bersara? Menganggur? Makan tanggung berak mencangkung?
Ada anak? Cucu? Cicit? Cuit? Muit? Puit?
Seorang? 3 orang? 8 orang? 50 orang?
Walau siapa pun anda, Dollah Badawi tidak dapat lagi menjamin keselamatan anda dan anak-anak yang anda sayangi.
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Jika anak anda hilang, diculik, diliwat, dirogol, dirompak atau dipukul, anda akan didakwa kerana cuai.
Jika anak anda terjatuh ke dalam longkang, anda akan didakwa kerana cuai. Anda boleh salahkan PBT membina longkang tak ikut spesifikasi. Anda juga boleh salahkan mat-mat gian yang mencuri penutup longkang untuk dijual kepada tokey besi buruk.
Tapi Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Jika anak anda hilang di taman permainan, Dolah Badawi akan mendakwa anda kerana cuai. Anda boleh salahkan lokasi taman yang tak strategik. Anda boleh salahkan masyarakat yang tidak prihatin. Anda boleh salahkan polis kurang meronda. Anda boleh salahkan PBT tak pasang CCTV atau dah pasang tapi tak berfungsi.
Tapi Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Jika anak anda hilang di sekolah, Dolah Badawi akan mendakwa anda kerana cuai. Anda boleh salahkan jaga yang tidak menutup pintu pagar sekolah. Anda boleh salahkan guru besar/pengetua membenarkan orang luar sesuka hati keluar masuk sekolah.
Tapi Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Jika anak anda hilang di pusat membeli-belah, Dolah Badawi akan mendakwa anda kerana cuai. Anda boleh salahkan imegresen membiarkan pendatang haram berpusu-pusu di shopping complex. Anda boleh salahkan AADK biarkan penagih dadah berkeliaran dan bermukim di parking pusat membeli-belah.
Tapi Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
AWAS! Selepas ini jika anak anda hilang, diculik, disihir, disantau, ditelan batu belah batu bertangkup, jadi bohsia, jadi bohjan, jadi mat rempit, jadi minah rempit, lari dari rumah, kahwin lari ke Golok, mati lemas, dilanggar lari, ditelan bumi, disambar petir atau dimakan serigala; ANDA akan dipersalahkan oleh Dolah Badawi
INGAT! Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Dolah Badawi kata semua tempat selamat. Dikawal dan dijaga dengan rapi. Sistem sudah baik. Pentadbiran sudah first class. Yang salah ANDA! ANDA cuai!
INGAT! Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Apa nak buat? Malaysia terbukti tak selamat, tak aman, tak makmur!
0 comments:
Post a Comment