Rujuk : greenboc
dan rujuk berita ranking berikut
BLOG/LAMANWEB MP PAS
Hj. Roslan Bin Shaharum (Bkt Gantang)
Dr. Lo'lo Mohd Ghazali (Titiwngsa)
Dato Seri TG Abdul Hadi Awang (Marang)
Ust Nasharudin Mat Isa (Bachok)
Ust Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
Ust Nasir Zakaria (Padang Terap)
Tidak dikemaskini
Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
Hj. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
YB JANGAN LEPAS TANGAN
Radenjowo
Terpesona wak dengan kajian oleh Greenboc. Merujuk artikel Greenboc, terdapat 8 laman blog pemimpin PR yang aktif dari ramai ramai YB yang ada. Diberikan bintang kepada mereka yang rajin update blog masing masing dan kritikan diberikan kepada mereka yang tak rajin tapi kononnya akui BLOG wadah perjuangan. Rujuk kepada lamanblog Greenboc untuk ketahui secara detail.
Selepas di periksa, ianya memang benar. Kebanyakan blog dan web yang ada adalah di kendali kan oleh mereka mereka yang tiada kepentingan di dalam politik. Termasuk, Tranungkite, Kedahlanie, Kelantankini, Malaysiakini, Rockybru, Kickdefella dan macam macam lagi. Ianya atas dasar dan impian sendiri sahaja. Tidak mahu menjadi pemimpin kerana mereka ini lebih kepada pemerhatian dan kepekaan untuk berjuang menolak, rasuah, salah guna kuasa pemimpin BN dan menolak sebarang fitnah yang dilemparkan oleh media arus perdana.
Bukan nak ungkit, tapi di dalam perjuangan blog, ramai yang tidak bergaji. Usaha sambilan atau sekadar suka suka. Yang pasti, BN dah kalah dan Blog menjadi salah salu punca kekalahan tersebut. Terima kaseh kepada para bloggers dan laman web yang dibina khas untuk menceritakan tentang kebenaran dan penjelasan agar rakyat tahu yang mana betul dan yang mana salah. Melawan kuasa kuat pakatan media arus BN selama ini dan usaha sudah pun mendapatkan hasil.
Bukan mudah untuk menjaga blog kecuali minat dan dedikasi. Berdepan dengan komputer untuk jangkamasa yang lama boleh buat mata juling. mencelah di dalam sebarang isu untuk mencari isu terkini dan digemari pembaca. Kalau isu tak menarik, pelayar tak baca pun. Kena rajin membaca dan meneliti, silap pilih, kena saman pulak.
Kita tahu YB Pakatan Rakyat kononnya nak buat perubahan. Dah masuk bulan ke 2 asyik cerita susunan jawatan itu dan ini. Rakyat tidak mahu tahu macamana perancangan tapi yang rakyat mahu adalah janji perubahan yang dikatakan dulu serta bukti bukti. Perubahan apa? Takkan YB nak jumpa semua rakyat untuk bagi tau perkembangan. Tentu tak logik. Jadi apa kaedahnya selain dari blog kerana media masih dikawal oleh kerajaan Pusat. So kena pandai pandai lah buat rancangan, Jangan sampai yang dikejar, tak dapat, yang dikendong, keciciran.
Mereka boleh kata, bekerja kerana Allah swt tapi sejauh mana rakyat boleh percaya? Kaedah dan alasan begini, BN dah lama guna. ASyik dengan alasan dan alasan. Kalau di tanya, sebut nama Tuhan dan harap rakyat percaya. Tak perlu menjadi seperti akademi fantasia yang boleh ditonton sehari 4 jam, tapi sekurang kurangnya beritalah perkembangan mereka itu kita ketahui. Rakyat mahu tahu apa yang YB mereka buat. Dalam masa yang sama menambahkan populariti masing masing.
Sekarang ini kita dah sampai masanya dimana Pemimpin perlu mempunyai blog mereka dan kebenaran ini diakui oleh BN yang selama ini memberikan penuh harapan hanya kepada media arus perdana semata mata. Ianya gagal. Kerana itu lah maka setiap pemimpin BN kini sudah mula menjinakkan diri dengan blog. Kini bagai cendawan tumbuh sementara blog PKR, PAS dan DAP ada yang sudah layu.
Sementara pasukan dalam gerombolan BN terus membelasah Pakatan Rakyat menggunakan media yang sudah sedia ada. Serangan dari beberapa pendekatan dan kaedah untuk merampas semual negeri negeri yang mereka terlepas. YB YB Pakatan Rakyat kena sedar semua itu.
Tak perlu bagi alasan kerana jadual kita, kita yang tetapkan. Kalau sibuk sangat takkan 5 minit pun tak boleh nak kemaskini. Cuma tulis beberapa kerat perkataan, singkatan dari aktiviti harian dan ianya dikira sebagai 'dikemaskini'. Kalau lah teruk sangat, YB boleh gunakan perkhidmatan orang lain, cuma perlu beritahu apa yang YB buat untuk hari ini dan jawab pertanyaan bila ada kesempatan. Kalau boleh diagihkan kerja .... agihkan sebelum terlambat. Takkan itu pun nak di ajar.
ALhamdullillah blog dan web masih mampu bertahan. Semuanya kerana telus hati dan tidak mengejar kebendaan. Apalagi pangkat dan kuasa. Nasihat wak pada YB, jangan terlalu berharap pada orang lain, sampai satu masa nanti, kalau kecundang, jangan salahkan kami kerana kita dah buat apa yang mampu kita buat. Bola ditangan anda dan terserah. Mahu jaringkan ke gol atau pecahkan bola dan keluar saja dari padang.
HARAM BANTU PEMFITNAH.
27 minutes ago
0 comments:
Post a Comment