KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

BUBAR BALKIS DAN PINDAH DANA SAH?

Tindakan bubar, pindah dana Balkis sah - Khir

Utusanloya - Menurut beliau, dana itu kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pengajian sehingga ke peringkat universiti, kira-kira 300 anak angkat Balkis seperti dijanjikan melalui satu perjanjian bertulis dengan penderma-penderma dana tersebut.

Katanya, semasa pembubaran Balkis dibuat pada 11 Mac lalu, Selangor belum mempunyai Menteri Besar dan Balkis juga belum ada pengerusi baru.

"Jadi duit itu tidak ke mana dan kerajaan negeri yang baru, janganlah risau kerana semuanya dilakukan mengikut undang-undang.

"Lagipun Balkis sebuah persatuan dan tidak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar Selangor semalam, yang menyebut kerajaan negeri akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap Balkis berhubung pemindahan dana pertubuhan itu sebanyak RM9.9 juta.

Menurut kenyataan itu, siasatan dibuat setelah kerajaan negeri mendapati dana berkenaan telah dipindahkan kepada Bakti.

Dana berkenaan ialah sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada Balkis untuk menjalankan program kebajikan dan kemasyarakatan seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang menyumbang sebanyak RM268,862 pada 2007, manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM590,379 di antara 2006 dan 2007.

Dalam pada itu, Mohamad Khir memberitahu, satu persatuan baru iaitu Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) akan ditubuhkan oleh Puan Sri Asbi Rohani Asnan Hasbi, isteri Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib tidak lama lagi. more...

No2umnO - Bubar dan Pindah Sah......? Apa yang dibuat kelam kabut tu? Kalau nak bubar pun sebulan lepas pilihanraya pun boleh. Camane dengan duit masuk? Punca dari mana? Semua orang nak tau ... Mana lah tau duit cukai bapak kitorang ke? Macam nak sembunyi sesuatu. Berani kerana benar, takut jadi gelabah .......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive