rights2write - Jika ada kesempatan bacalah artikel saya dengan tajuk Babi Ooooi Babi yang ada di laman web saya. Ayat 1 -4 menyebut berulang kali perkataan “Bacalah” . Saya minta KT dan orang orang yang sekaum dengannya supaya Bacalah… Bacalah.. Sebelum buka mulut dan memalukan Umat Islam satu dunia, bacalah. Kalau nabi Mohamed di minta membaca Alquran buat pertama kalinya, maka marilah kita sama sama membaca buku buku dan laman laman web dan dapatkanlah sedikit ilmu tentang isu tentang ternakan babi moden sebelum membuka mulut dan bercakap tentang penternakan babi di Sepang.
Saya agak kecewa apabila KT dan orang orang sekaumnya belum sedar dan masih terus menghebahkan maklumat maklumat yang tidak benar tentang penternakan babi di sepang. Hentikanlah penipuan. Tunjukkanlah sikit kebijaksanaan tu. Jangan la malukan bangsa dan agama kita. Engkau tu pemimpin. Apa yang kau cakap tu, kaum kaum kau dengan membabi buta akan mengiakan apa yang dicakapkan.
Saya agak kecewa apabila TV3 juga turut mengambil peluang menggembar gemburkan isu ladang babi ini. Agaknya untuk tujuan nak melagakan lagakan orang Islam dan bukan Islam. Dalam siaran terbarunya, ianya mengaitkan kedudukan ladang babi tadi dengan kedudukan LTAKL yang akan memalukan negara dan pantai Bagan lalang yang kononnya akan tercemar. more...
Apr 26, 2008
Khir Toyo , Isteri dan orang orang yang sekaum dengan nya….
Labels: Belit Khir Toyo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment