Berikutan mesyuarat tergempar EGM UMNO bahagian Batu Pahat, beberapa individu yang memihak kepada Abdullah Badawi nampaknya terasa getaran kebimbangan dan mengeluarkan amaran demi amaran untuk mengingati ahli ahli UMNO agar bersabar dengan rancangan peralihan kuasa oleh Presiden UMNO.
Mereka yang kebingungan termasuklah opah Rafidah Aziz .....
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, belum pernah berlaku sejarah Perdana Menteri di negara ini dijatuhkan oleh sebilangan golongan yang tidak berpuas hati dengan prestasi yang dicapai oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum.
``Kita belum ada sejarah Perdana Menteri dijatuhkan dan kita tidak harus memulakan satu era masa akan datang, Perdana Menteri pada bila-bila masa boleh diarah atau digesa turun kerana ada pihak yang tidak berpuas hati.
``Kita ada proses peralihan kuasa melalui persetujuan antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau proses pemilihan dalam parti sendiri. Tak payahlah nak desak-desak,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Pergerakan Wanita UMNO Sabah di sini hari ini. - Utusanmeloya
Berita berkaitan - Speed up transition plan, Umno division tells PM
1 comments:
Betul kata opah Rafidah tu. Nampaknya UMNO Batu Pahat ni macam handal sangat. Agaknya Ketua Bahagian Batu Pahat ni kecewa tak dapat jadi menteri kot. Dulu, sebelum barisan kabinet diannouce, tak de pulak sibuk-sibuk nak pressure paklah, lepas Paklah announce kabinet baru dan nama dia takde agaknya, baru nak buat bising. Rasanya lepas PRU dulu dah ada mesyuarat kat sebuah hotel nak bincang kelemahan UMNO, tapi ketua bahagiannya macam tak de masa tu....
Entahlah........
Post a Comment