KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

Tawaran terbuka kepada semua wakil rakyat dari UMNO

 tranungkite - (...) Umum mengetahui bahawa kedudukan Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semakin goyah. Tekanan dari kalangan ahli UMNO yang mahu beliau berundur dari kerusi Presiden UMNO dan secara automatik dari kerusi Perdana Menteri Malaysia semakin meningkat. Ramai yang meramalkan beliau tidak dapat bertahan sehingga penghujung tahun ini. Ramalan yang paling popular adalah beliau akan dicabar pada pemilihan Disember nanti dan terpaksa berundur selepas itu yang akan mengakibatkan keadaan UMNO bertambah lemah dan kucar-kacir.

Keadaan kucar-kacir tersebut akan memberi peluang selesa untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim melaksanakan rancangannya dan diyakini akan berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Perdana menteri yang baru tersebut pastinya akan memilih kalangan ahli Parlimen yang menyokongnya untuk dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan mungkin juga jawatan Setiausaha Parlimen yang tidak mustahil akan diujudkan semula.

Peluang untuk menjadi Menteri dan timbalan Menteri ini terbuka kepada semua Ahli Perlimen termasuk dari kalangan UMNO kerana pastinya Perdana Menteri baru menginginkan sokongan yang paling kuat untuk memastikan kekudukannya tidak goyah terutama sekali dengan sokongan padu dari orang melayu yang kebanyakkannya datang dari UMNO. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive