Radenjowo
Wak memang dah lama nak bagi tau, tapi ragu ragu. Maklumlah, ramai yang pandai dari yang pandai. Hakikatnya manusia ni sifatnya berlawanan. Jangan panjat, budak akan panjat. Jangan intai, dia nak intai. Masalah Intai ni bukan budak je buat, orang tua pun buat sama. Itu yang letih tu.....Sebab, tak di didik sejak kecil.
Ramai juga yang wak tengok sekarang ni, budak budak yang kencing berlari. Mahu kan tidak? Kalau kat shopping complex tu, bila mak nak bershopping, kena pulak hantar anak ke tandas. Belum pun habis, mak kata "cepat ....cepat, kang sale tu habis !!!" Maka sianak pun kencing sambil berlari. Bila sampai ke sale center, masih ada kencingan yang belum tus, menitik nitik ke lantai dan kasut kanak kanak tersebut. Nak salahkan sape?
Bidalan untuk ajar kanak kanak, tapi sekarang, itu yang diorang bedal. Yang disuruh tak dibuat, yang tak disuruh pulak yang dibuat.
Kini berlaku di dalam UMNO dan BN. Sekarang ni UMNO dah kecoh dengan hal lompat lompat parti. BN kata janganm tapi diorang lompat juga. Isu ini diperkata oleh Anwar. Manakala Shabery Cheek, menteri terang yang malap malap ala 'romantic dinner' ni cuba nak menyedapkan hati nya dengan berkata bahawa berita itu tidak benar dan sebaliknya PR seharusnya lebih bimbang tentang penyokongnya yang akan lompat parti gara gara soal babi. Entah apa yang Shabery cakap, wak pun tak berapa paham. Sepatutnya menteri penerangan mempu menerangkan sesuatu tetapi dia sendiri pun blurrr.. 4 tahun jadi menteri bukan sekejap dan RTM akan menghadapi zaman malap malah kabur kerana air liur si Shabery Cheek ni kalau bercakap, bersembur dan meleleh-leleh di pinggir bibir. Mungkin itu lah puncanya perumpamaan, "tanam tebu di pinggir bibir" tercipta dan buih yang ada di tepi bibir Shabery saling tak tumpah macam buih mesen tebu. Kalau Zam dulu dikaitkan dengan Mamak Cendol, Shabery ni patutnya di samakan dengan mesin tebu.
Terus bercerita tentang lompat parti ni dan wak ingin beri nasihat dan tunjuk ajar sebagai orang tua yang beri nasihat kepada anak anaknya. Kalau nak elak menteri dan adun lompat parti, silibus pelajar perlu ditukar dari sekarang. Kementerian pelajaran perlu buat rombakan besar besaran untuk mengelak krisis yang sama pada tahun 2020 dan masa hadapan.
Budak budak yang kencing berlari ni kita kena ajar kencing duduk. Malah cikgu yang kencing berdiri pun kena ajar macamana nak buka zip dan kencing duduk. Tapi awas kerana ramai juga yang nak jadi pandai. Kita larang kencing berdiri, diorang ajar kencing baring. Tak ke haru namanya. Menjejeh jatuh ke bawah katil, esok mak kena cuci. Itu budak kecil dan kalau orang tua.....tak tau lah nak sebut.....Memancut ke syiling rumah. Mimpi macam hujan, tapi sebenarnya air suling tak tos berwarna kuning kekuningan. Kalau yang idap kencing manis, esok semut penuh bilik.
Sekolah juga Sepatutnya mengharamkan beberapa perkara termasuk ..... jangan benarkan budak budak sekolah berlompat lompat. Halang mereka dari menyertai sebarang acara sukan yang berunsurkan lompat lompatan seperti lompat pagar, lompat tinggi, lompar galah, lompat jauh dan macam macam lompat lagi. Dalam acara renang pula, acara terjun papan anjal pun kena haramkan. Pendek kata, apa yang ada unsur lompat, kita kena haramkan. Kita kena ujudkan acara berendam dan celur....tak payah lompat lompat lagi. Kalau acara berenang gaya bebas...suruh diorang menjalar, merangkak dan masuk dalam kolam perlahan lahan. Jangan ada percikan air langsung.
Itu pun kalau setuju, wak tak cakap wak ni bijak, tapi ramai yang kata wak ni ....."ok jugak la". Selain dari itu, haramkan perkataan 'lompat' diguna pakai kerana bimbang ia akan dikaitkan dengan 'lompat parti'. Buang perkataan itu samaada di dalam buku atau kamus. Tukar kan sahaja istilah itu agar orang tidak lagi gunakan perkataan yang sama. Mungkin kita boleh ubahnya dengan perkataan 'oppp'. Contoh ..... "saya nak opp pagar" atau " katak itu dilanggar ketika sedang oppp". Itu lompat....dan kalau ME ... LOMPAT, kita sambungkan Oppp kepada Opppocot. Contoh ayat, "Kamu opppocot pagar ke tadi?"
Wak bukan ada maksud lain. Maklumlah, ada sesetengah orang yang cukup fobia dan sanggup bermodal besar untuk ubah semuanya dan hilangkan rasa takut. Masih ingat tentang fobianya manusia tentang warna hijau dan berbentuk bulat? Ehhhhh.....sampai sekarang pun diorang takut beb. Mimpi ngeri tuhhh....
Bila tiada perkataan lompat digunakan, orang takkan sebut lagi .... Itu pun kalau UMNO fobia sangat dengan perkataan 'lompat' tu. Wak sekadar cadang je. Nak terima atau tidak, terserah lah.....tapi jangan lah bimbang sangat sampai cipta akta itu dan ubah segala jenis kanun untuk elak lompat parti. Apa yang wak buat ini semata mata untuk elak ahli lompat parti.
Kalau korang ada cadangan .... sila beri. Rujuk berita berikut (BN tidak ambil mudah dakwaan lompat parti).. dan wak sekadar berkhidmat memberikan pandangan dan cadangan. Nanti kalau korang setuju, jangan lupa catit nama wak sebagai pencipta cadangan nih...Manalah tau kalau dapat upah, boleh gak wak beli kereta baru.
Kesimpulannya, Kalau orang nak lompat, lompat la. Lu manage tak betul, tu sebab la diorang lompat. Ape de hal? Biasa la tu !!!
Apr 26, 2008
KAEDAH HALANG LOMPAT PARTI
Labels: Radenjowo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment