KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

UMNO Kalabakan Enggan Terima Bantahan

Malaysiatoday - Hasrat melambung lima orang ali jawatankuasa Persatuan Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak untuk menyampaikan notis bantahan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan, Mohd Gasing Saleng terbantut apabila notis mereka enggan diterima. Menurut Pengerusi persatuan berkenaan, Yadum Atihal, pihaknya mengemukakan bantahan rasmi terhadap penglibatan seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan, David Bin Udin Samaila @ Udin Jambang dalam kegiatan jenayah menceroboh tanah pekebun kecil di Tingkayu.

"Tapi Mohd Gasing tidak mau terima, sebaliknya mengugut untuk menyaman kami," ujar Yadum yang kesal dengan sikap pemimpin pergerakan pemuda UMNO berkenaan yang terlalu ego dan tidak prihatin dengan kesengsaraan para pekebun kecil yang dizalimi ahli pergerakannya.
Kata Yadum, sepatutnya Mohd Gasing menyiasat kegiatan tidak bermoral ahlinya terutama menggunakan T-Shirt Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan untuk menjalankan kegiatan jenayah bersama seorang lelaki Alimudin Mohd Ajay.

"Kita bukan mahu melibatkan pergerakan politik berkenaan, cuma kita mengadu kegiatan ahlinya yang menyalahi undang-undang. Sepatutnya dia terima dan siasat aduan kita dan bukannya lepas tangan begitu sahaja," ujar Yadum terkejut kerana sebelum meninggalkan pejabat UMNO Kalabakan, Mohd Gasing meminta satu salinan asal notis bantahan berkenaan, kononnya untuk ditunjukkan kepada Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh.

Yadum kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tawau berikutan keengganan Mohd Gasing menerima notis bantahan mereka bagi memudahkan polis menjalankan siasatan berhubung ahli UMNO yang terlibat dengan kegiatan samseng. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive