Adakah benar penyapu membawa sial atau pun sikap kita sendiri yang membawa "sial" sehinggakan kita tewas Pilihan Raya Umum ke 12 lalu?Itu kata Khir Toyo di dalam artikel terbaru nya, beliau masih mempertahankan tindakannya memberi anugerah penyapu kepada PBT yang tidak cemerlang.
Saya berkeyakinan sikap dan tindakan kitalah yang menjadi punca kekalahan tersebut. Marilah kita sama-sama berfikir untuk mengenal pasti sikap, tindakan dan pemikiran "sial" kita daripada kita "mensialkan" penyapu. Selagi kita tidak mampu bersikap jujur dan melakukan muhasabah dan menerima kelemahan diri sendiri, rakyat akan terus menolak kita.
Saya percaya yang menjadikan kita "sial" ialah sikap kita yang tidak mahu memahami masalah rakyat secara menyeluruh. Jika benar mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat, kita perlulah membuang sikap "sial" kita ini. Jadilah pemimpin yang mendengar masalah rakyat dan bertindak meringankan bebanan mereka.
Usahlah kita menjadi seperti burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan tidak mahu melihat punca sebenar kekalahan, tetapi terus mencari pelbagai alasan termasuklah menyalahkan orang lain! - Khirtoyo
Hakikat yang perlu di akui oleh semua pemimpin, benar atau tidak sesuatu tindakan itu, pasti ada yang sokong dan sebaliknya. Rasanya, ada banyak pendapat dan kritikan yang tidak disiarkan terhadap artikel terbarunya tetapi kita tahu yang disiarkan adalah kritikan yang memihak kepada pendapatnya.
Sehingga hari ini pun Khir Toyo perasan yang dirinya bagus ketika menjadi Menteri besar dahulu. Apa tindakannya dirasakan betul dan kritik lah apa pun dan dia ada alasannya sendiri. Adalah mudah untuk kita menilai diri itu disukai atau tidak dengan melihat kepada undian pada pilihanraya yang lepas. Di dalam beliau mengusung pelajar pelajar universiti ke kampung untuk membuang undi, beliau masih kalah di beberapa tempat kecuali fokus pengundi universiti di letakkan dikawasan kawasan beliau dan itulah puncanya kemenangan tersbeut. Bukan kita tak tahu, RM200 untuk satu kepala. Dan pelajar yang diusung adalah pelajar UKM bangi. Dan mereka yang mendapat imbuhan untuk bantuan itu pun kita boleh kenal. tapi bukan isu disini kerana kemenangan sudah ditangan Pakatan Rakyat.
Semua dah tahu, pilihanraya lepas BN masih cuba untuk menipu. Alhamdullillah Pakatan Rakyat mampu menang juga.
Aku orang Selangor dan aku tahu apa yang berlaku. Apa yang membuat rakyat Selangor meluat dengan Khir Toyo. Terdiri dari mereka mereka yang dipinggirkan dan tidak mendapat perhatian. Bukan sahaja kaum India tetapi kaum Melayu sendiri. Tapi itu lah yang dikatakan oleh beliau "Jangan salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri." Semuanya kerana mengundi BN, parti yang cakap tak serupa bikin.
Cakap mudah, tapi sejauh mana Khir Toyo tahu apa yang dia cakap. - Usahlah kita menjadi seperti burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan tidak mahu melihat punca sebenar kekalahan, tetapi terus mencari pelbagai alasan termasuklah menyalahkan orang lain! - Itu ayatnya. Adakah ayat tersebut di tujukan kepada dirinya atau menyindir orang lain? Sedangkan dirinya juga perlu memahami ayat yang sama.
Kini beliau menyalahkan orang lain kerana kekalahan BN di Selangor. Bila BN dah kalah, kepala mula sujud pada Mahathir. Di dalam erti kata lain, beliau tidak lagi sokong Pak Lah. Sedangkan di dalam kelemahan Pak lah, masih ada negeri yang masih kekal di bawah kerajaan BN, tidak Selangor. Nah....kenapa Khir Toyo tak salahkan diri sendiri?
Tentang soal penyapu, cuba kita bayangkan Pak Lah memberikan beliau anugerah penyapu kerana kekalahan BN yang lepas. Apa yang beliau rasa? Ini soal maruah, bukan soal sial majal. Memang penyapu bukan lambang sial pada bangsa Melayu dan umat Islam tetapi ia adalah sial kepada bangsa lain. Kalau lah penyapu di berikan kepada India dan Cina, sudah pasti ia akan hinggap kekepala Khir Toyo kembali.
Sebelum membuat sesuatu, letakkan diri kita di dalam kasut orang lain. dan kita tahu bahawa ianya salah atau betul. Sedap mengutuk orang lain, tapi yang membuat kita marah apabila orang lain kutuk diri kita. Kalau dah biasa mengutuk, satu hari kita dikutuk dan kita tahu bahawa kutuk itu satu perbuatan yang semua orang tidak suka. Akhir kata wak kepada Khir Toyo .... Kamu datang dari sekolah mana? Kamu datang dari kampung mana? Tanya mereka, tanya bekas bekas temannya..... malah saudaranya sendiri pun tak berapa gemar dengan sikapnya akhir akhir ini. AKu masih berharap agar Pak Lah boleh berikan anugerah penyapu kembali kepadanya.
1 comments:
salam wak
apa kata kalu kita buat fund raising, kutip 10sen sorg, lepas tu kita pakat2 beli penyapu lidi dan hadiahkan kpd TOYOls..
lepas tu kalu ada duit lebih sikit, belikan kad ucapan sama, dalam kad tu tulis "semoga dengan penyapu lidi ini, tuan dan puan TOYOl dapat menyapu bersih bukti2 penyalahgunaan kuasa penggal lepas"
:D
Post a Comment