KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

MAHATHIR DAN MUKHRIZ SUDAH DILIHAT SEBAGAI PENGKHIANAT UTAMA KEPADA BANGSA

raksaksabn - Seorang Setiausaha UMNO Bahagian di Kuala Lumpur menghubungi saya kira-kira jam 7.30 pagi ini melalui telefon bimbit marah-marah. Nadanya agak keras. Dia minta sampaikan mesejnya yang berbunyi: "Apalah jenis manusia Tun Mahathir sekarang ini? Dia bukan ikut buku, dia ikut nafsu.

"Anaknya Mukhriz pun sama tak habis-habis jumpa orang menyebut supaya Pak Lah letak jawatan sedangkan dia seolah-olah menonjol macam pemimpin besar yang hanya baru menang ahli parlimen Jerlun sahaja.

"Negara sedang huru hara dengan kemelut politik, dia dua beranak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan nada yang sama mahukan Pak Lah berhenti. Kalau Pak Lah berhenti, apakah masalah UMNO boleh selesai? Apakah dia boleh jadi perdana menteri?

"Sepatutnya dia beri cadangan bernas pada ketika ini, sama-sama mencari jalan menyatukan orang Melayu yang sudah simpang siur dengan gelagat pemimpin 'half past six' ini. Kalau beginilah sikap Mukhriz, macam mana mahu jadi Ketua Pemuda UMNO?" Begitulah antara kata-kata setiausaha bahagian yang nampaknya cukup berang dengan cara Mahathir dan anaknya 'mengaruk' terhadap keadaan di mana ahli UMNO lain mencari jalan mahu menguatkan semula pengaruh UMNO yang sudah memang terbukti berjasa kepada orang Melayu khasnya dan kaum-kaum lain amnya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive