KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

MUSLIMAT PAS KUTUK PEMBUNUHAN ALTANTUYA

harakahdaily - DMPP mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam ke atas seorang pelancong asing yang juga boleh disifatkan sebagai "tetamu negara" dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu. DMPP berpendapat bahawa perbicaraan bagi kes ini sewajarnya disegerakan, berbanding sekarang yang ditangguh-tangguh oleh pihak mahkamah atas alasan terlalu banyak kes lain, seperti yang didakwa oleh bapa mangsa, Dr Shaariibuu Setev baru-baru ini.

DMPP memandang serius dan sangat tersentuh dengan kenyataan daripada bapa Altantuya yang telah datang ke Malaysia baru-baru ini bahawa beliau datang demi kemanusiaan dan bukannya kerana wang atau menuntut sebarang ganti rugi.

DMPP juga menginsafi bahawa ia jelas menampakkan kehampaan dan hilangnya kepercayaan seorang ayah yang selama ini telah berusaha untuk mendapatkan keadilan terhadap satu-satunya zuriat keturunan beliau yang dibunuh secara kejam dalam Negara Malaysia yang dilabel sebagai Selamat, Aman & Makmur oleh PM dalam PRU-12 yang lepas.

Kes ini boleh disifatkan sebagai berprofail tinggi, punya kepentingan ramai serta kes pembunuhan paling berat kerana menguji bahkan mencabar integriti Malaysia di mata dunia khususnya terhadap sistem dan proses perjalanan keadilan dalam negara yang kita semua cintai ini. more...

No2umnO - Pas dah hantar wakil untuk kutuk pembunuhan, UMNO bila lagi?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive