KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

Mangsa curiga selepas diberi beg baru di Brazil

BHarian - Wanita berasal dari Klang yang kini ditahan di Madrid, Sepanyol kerana dipercayai menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa, mengaku berasa curiga dengan kandungan sebuah beg baru yang diberikan kepadanya ketika di Brazil untuk dibawa ke Madrid mungkin mengandungi dadah.

Mangsa berusia 24 tahun itu mengambil kesempatan memeriksa kandungan beg yang diberikan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket dadah yang dikenali sebagai Shaba ketika berseorangan di bilik hotel pada 19 Mac.

Bagaimanapun, dia yang bekerja sebagai kerani di Klang tidak menemui sebarang dadah didalamnya.

“Saya periksa beg itu. Pada mulanya saya nampak ada ruang di bahagian bawah lapisan zip, tetapi apabila saya periksa tiada apa-apa yang saya jumpa. Selepas itu, saya memasukkan semua barang dan baju dalam beg baru itu.

“Keesokan hari (20 Mac), saya pulang ke Madrid dan ketika Lapangan Terbang Malaga pihak berkuasa yang memeriksa beg berkenaan menemui kokain disorokkan dalam ruangan khas beg itu,” katanya dalam surat bertarikh 25 Mac yang dikirim kepada kakaknya di sini. more...

No2umo - Kawan kawan yang pegi luar negeri tu jaga jaga.....jangan dah kena tangkap baru sibuk. Kesian kat diorang nih....tak pasal pasal kena. So kalau sesiapa yang cancel perjalanan tu, bagi tiket kat wak...lama dah tak gi oversea. rasanya dah masuk 25 tahun...Dagang wak, mengkuang layu....padan muka aku.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive