Roslansms - Dari niat untuk memalukan Tan Sri MB Selangor dan ahli-ahli EXCO serta kerajaan Pakatan Rakyat negeri, atas kononnya isu ladang babi baru-baru ini, hari ini yang sebaliknya menjadi mangsa dan menanggung padah adalah Ketua Pembangkang DUN Selangor, Khir Toyo sendiri.
Isu menculik (hijack) BALKIS dan melarikan jutaan wangnya, kini menjadi bualan rakyat, hinggakan orang-orang Melayu yang menurut Shabery Chik marah kepada kerajaan PR Selangor atas isu babi tempoh hari, saya yakin sudah tidak marahkan babi lagi tetapi lebih marah pada Khir dan isterinya.
Isteri Khir, Zaharah Kechik, mengatakan yang wang RM9.9 juta yang dilarikan itu adalah wang BALKIS dan beliau berhak mengalihkannya. Kononnya ahli-ahli BALKIS termasuk beliau sendiri berhempas-pulas bagi mengumpulkan dana sebanyak itu melalui pelbagai aktiviti. Apakah yang dihempas dan apakah yang dipulas sedangkan menurut laporan sebahagian besar wangnya datang dari syarikat-syarikat miliki kerajaan negeri yang ketika itu diterajui oleh suaminya Khir Toyo?! more...
Apr 26, 2008
Segera buat laporan polis terhadap Datin Seri Zaharah Kechik
Labels: Balkis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ha ha ha, sendiri buat sendiri tanggung la.
pening giler tu
Post a Comment