KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

Siasat hakim kes pindah RM10 juta

Malaysiakini - Seorang hakim dilaporkan terlibat memberi nasihat kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) dalam kontroversi penyaluran wang RM9.9 juta dari Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) selepas ia cuba dibubarkan pada 13 Mac.

Perpindahan wang Balkis, yang dipengerusikan oleh isteri bekas menteri besar Datuk Mohamad Khir Toyo, kini dipertikaikan kerajaan Selangor, lapor The Sun di halaman depan hari ini.

Sambil menggesa siasatan dijalankan terhadap hakim tersebut, bekas pegawai khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Param Cumaraswamy berkata perkembangan itu "luar biasa"

"Jika ia benar-benar terjadi (seperti dilaporkan), hakim itu mesti dipanggil untuk menjelaskan tindakannya itu," katanya, mengulas laporan tentang skandal tersebut.

"Perilaku hakim itu boleh menimbulkan perasaan curiga bahawa beliau membenarkan kepentingan peribadinya bercanggahan dengan tugas kehakimannya yang boleh membawa kesan pelanggaran Kod Etika Hakim 1994." More...

dari alam blog
BUKAN SUAMI SAHAJA KONTROVERSI, BINI PUN TURUT SAMA

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive