harakahdaily - [...] Apapun katanya, sebagai rakyat yang menghormati institusi raja tentu Karpal bukan bertindak melulu sebaliknya ia adalah mainan media dan disambut oleh kepimpinan Umno kononya terlalu menjagai kedaulatan Melayu.
"Lihat perkembangan antara Kerajaan Negeri Perak dan Istana dengan lebih teliti, jangan melulu mengeluarkan kenyataan kononnya Melayu begitu marah ekoran kenyataan Karpal Singh yang dikatakan cuba mengatasi suara Sultan dalam sesuatu perkara membabitkan istana," jelasnya dalam sidang media selepas mesyuarat exco petang tadi.
Menurutnya, hanya sebilangan Melayu sahaja yang marah sedangkan sebahagian besar bangsa Melayu tidak bertindak apa-apa kerana tahu lazimnya isu membabitkan pembangkang sengaja disalah tafsirkan untuk kepentingan kerajaan.
Menyentuh mengenai saranan supaya menasihati kepimpinan DAP agar jangan terlalu menimbulkan isu berkaitan institusi raja Mohamad Fairuz berkata, semuanya akan dibincangkan oleh Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) dengan sebaik mungkin untuk menghindarkan prasangka bahawa ada antara parti dalam Pakatan Rakyat tidak menghormati institusi raja.
Apapun katanya, perbincangan mendalam harus disepakati kerana institusi itu wajar dijagai dengan baik memandangkan Sultan ataupun raja adalah payung kedaulatan di Malaysia.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 9, 2008
Isu 'Melayu Marah' hanya mainan media dan Umno
Labels: Karpal Singh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment