KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 9, 2008

Pertemuan rasmi lima ketua negeri Pakatan awal Jun

Siasah - Mesyuarat bersama lima ketua kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan diadakan awal bulan Jun ini, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang bakal menjadi tuan rumah mesyuarat bersejarah itu berkata, beliau kini sedang menyiapkan satu kertas kerja khas untuk menjadi panduan dalam perbincangan itu nanti.

"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho milik penyanyi rock terkenal Amy Search, dekat Wangsa Maju, Ahad lepas.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat bulan depan memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive