KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 9, 2008

RM1,000 buat MyKad

Ini cerita tentang kemajuan negara, hantar manusia sampai ke angkasa ..... rakyat nak gi buat IC pun pening kepala. Hah....rasa nak ketawa guling guling. Jangan nak dabik dada, benda kecil macam ni pun jadi bahana. Tunduk sikit kebumi, jangan jalan dongak kepala. Pemimpin punya angkara, rakyat jadi mangsa. Sampai sekarang ada yang tak der negara. Itu lah yang kerajaan sangat bangga...... Berikut ini berita kalau nak baca, tapi ingat jangan ketawa....

Utusmeloya - [...] Percaya atau tidak, kos untuk mendaftar kelahiran dan membuat MyKad lebih RM1,000.

Tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditanggung penduduk dari sekitar pedalaman Baram jika mendaftar kelahiran dan membuat MyKad di bandar raya berhampiran.

Ia ekoran mereka terpaksa menanggung kos pengangkutan serta penginapan jika mahu membuat dokumen pengenalan diri itu di Miri.

Dengan penduduknya yang berkerja sebagai petani, jumlah itu pastinya tidak mampu ditanggung sebahagian besar penduduk di Baram ketika ini.

Bagi kaum pribumi Penan di Baram yang sebahagian besarnya masih tidak mempunyai pekerjaan tetap, sudah tentu mustahil bagi mereka memiliki taraf kewarganegaraan di negara ini.

Menyedari kesulitan yang dihadapi penduduk tersebut, Pertubuhan Kayu-Kayan Tropika Antarabangsa (ITTO) menawarkan perkhidmatan sukarela bagi membantu memudahkan penduduk mendapatkan identiti pengenalan diri.

Pengurus Projek Taman Negara Pulong Tau ITTO, Dr. Paul Chai berkata, pihaknya menawarkan perkhidmatan seperti menyediakan penginapan dan makanan percuma bagi penduduk yang datang ke pusat pendaftaran yang disediakan oleh unit bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak.

Sekurang-kurangnya kata beliau, kemudahan tersebut dapat memberi keselesaan dan penjimatan kepada penduduk yang datang dari sekitar kawasan pedalaman Baram.

"Kita sudah mulakan kerjasama tersebut dengan pihak JPN Sarawak yang bertujuan mengatasi masalah ketiadaan tempat penginapan dan makanan bagi penduduk yang datang ke pusat berkenaan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

1 comments:

Anonymous said...

RM 1000.......

bukan petani je tak mampu...

aku sndri pon tanksanggop keluar smpai RM1000 utk bende bodoh tuu....


lebih baik aku dok tak payah pakai mende tuu....

Posting terkini

Blog Archive