pemudarasa - [...] Konon-kononya, hendak diceritakan kepada rakyat Malaysia berbangsa Melayu, sesungguhnya, UMNO ini adalah satu parti yang amat menyayangi kuasa Sultan. UMNOlah kononnya adalah satu parti yang sanggup mempertahankan Sultan dari dihina dan dicerca oleh mereka-mereka yang suka mencerca dan menghina kuasa Sultan. Kononnyalah. Tetapi, bukankah sejarah telah membuktikan sesungguhnya UMNOlah parti yang bertanggungjawab mengecilkan lagi kuasa Sultan-sultan Melayu yang sememangnya telah kecil. Bukankah UMNOlah yang bertanggungjawab menghina dan mencerca, malah bukan setakat menghina dan mencerca, tetapi sanggup menggubal perlembagaan Malaysia untuk mengecilkan lagi kuasa Sultan-sultan Melayu.
UMNOlah yang sanggup menggunakan TV3 memperlekehkan Sultan-sultan Melayu. Menuduh Sultan-sultan Melayu semuanya makan gaji buta, suka tampar, tengking dan pukul rakyat marhaen dengan selambanya. Menuduh Sultan-sultan Melayu adalah manusia golongan moral rendah. Tidak ingatkah kita wahai umat Melayu, UMNOlah yang bertanggungjawab mem'brain wash' diri ana ini semasa ana di sekolah agar tidak menghormati Sultan kerana dituduh bermacam-macam semasa krisis UMNO dan Sultan dahulu. Puak UMNOlah yang bertanggungjawab terhadap diri ana yang telah menipu bulat-bulat ana dan rakan-rakan agar kuasa Sultan-sultan Melayu ini sepatutnya dikecilkan sekecil-kecilnya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 9, 2008
UMNO, TIDAK HABIS DENGAN LAWAK SENARIONYA
Labels: Badut UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Mahathir dan melayu umno mudah lupa. Bukan ke diroang yg mengecilkan kuasa sultan dulu seperti yg diceritakan oleh Huzir - Wide Angle ? Yang nak tabal As Sultan Kelantan dulu sape? Ingatkan dah muhasabah tap timbul lak kes "Natang" . ciannyer diroang nih...
Post a Comment